SEJARAH

sumber rujukan  utama matapelajaran ini dari..
sumber  _ dan terima kasih tak terhingga kepada admin blog tersebut ( blog  cikgustpm blogspot )hanya allah sahaja bisa membalasnya.

SEJARAH TAMADUN DUNIA (PENGGAL 1)

TEMA 1: MASYARAKAT

  • Kesan Kemunculan Portugal Sebagai Kuasa Maritim
  • Maksud dan Ciri-Ciri Masyarakat Agraria
  • Masyarakat Agraria Di Belanda
  • Masyarakat Agraria Di China
  • Masyarakat Industri Di Jerman
  • Masyarakat Industri: Ciri-Ciri Masyarakat Industri Di England
  • Masyarakat Maritim Di Jepun
  • Masyarakat Maritim Di Portugal
  • Modul Sejarah Dunia (1500-1955)
  • Sistem Feudal di Eropah (England)
  • Struktur Masyarakat Feudal Jepun

Kesan Kemunculan Portugal Sebagai Kuasa Maritim

KESAN KEMUNCULAN PORTUGAL SEBAGAI KUASA MARITIM

Pengenalan

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika. Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Barat secara besar­-besaran bermula pada abad ke-15 M dan ke-16 M. Terdapat banyak faktor yang mendorong kemunculan Portugal dan kuasa­-kuasa Eropah sebagai kuasa pelayar pada abad ke-15 M dan ke-17 M. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim ini telah memberi banyak kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Kesan Politik

Menguasai Empayar Perdagangan

Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim telah menyebabkan Portugal berjaya menguasai empayar perdagangan yang menjangkau dari Morocco di Barat Laut Afrika ke Brazil di Amerika Selatan dan seterusnya ke Asia Tenggara pada abad ke-17 M. Ini dibuktikan di mana kuasa Portugal telah mempunyai 40 buah kubu perdagangan dan pertahanan di seluruh empayarnya.

Wujud Persaingan Antara Portugis Dengan Sepanyol

Penjelajahan dan penerokaan Portugis mendapat saingan dari kuasa Sepanyol. Persaingan  ini diselesaikan dengan termeterainya Perjanjian Tordesifias pada tahun 1494 atas usaha Paus di Rom yang membahagikan dunia kepada dua kawasan pengaruh iaitu Timur untuk Portugal dan Barat untuk Sepanyol.

Penguasaan Portugis Di Wilayah Timur

Perjanjian ini telah merintis jalan kepada pelayaran Portugis tanpa gangguan dan kemuncaknya adalah ketibaan Bartholomew Diaz di Tanjong Harapan di Afrika Selatan pada tahun 1488. Seterusnya, Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi dan mendarat di Calicut pada tahun 1498. Portugis juga seterusnya menguasai Kilwa (Tanzania) dan Mombasa (Kenya) di Afrika Timur. Portugis juga menguasai Melaka pada tahun 1511 dan meluaskan kuasa ke Kepulauan Maluku yang merupakan sumber hasil rempah.

Muncul Sebagai Negara Bangsa Yang Kuat Dan Kaya

Oleh kerana empayar Portugis sering diserang oleh kuasa Inggeris dan Belanda maka antara tahun 1580-1640, Portugal telah bersatu dengan Sepanyol. Penyatuan ini telah menyebabkan kegiatan perdagangan Portugis dengan dunia luar telah membantu Portugis muncul sebagai negara bangsa yang kaya dan kuat.

Kesan Ekonomi

Tercetusnya Revolusi Perdagangan

Pelayaran ke seberang laut membawa kepada revolusi perdagangan di Eropah kesan daripada pembukaan jalan-jalan perdagangan baru, berlaku pertambahan penduduk, peningkatan harga barangan, munculnya ekonomi kapitalisme dan peralihan penguasaan sistem ekonomi yang berpusat di bandar kepada negara. Akibatnya kuasa Itali telah hilang penguasaanya di Laut Mediterranean sebagai kuasa perdagangan. Peranan kini telah diambilalih oleh negara-negara seperti England, Perancis, Belanda, Antwerp, Amsterdam dan London.

Kemunculan Sistem Ekonomi Merkantilisme

Revolusi Perdagangan teleh membawa kebanjiran emas dan perak di Eropah yang telah mengubah gaya hidup masyarakatnya. Harga barangan di Eropah mula meningkat dan ia merangsang pertumbuhan industri dan menguntungkan penguasaha. Kesan revolusi perdagangan telah membawa kepada pengamalan sistem ekonomi merkantilisme iaitu sistem ekonomi yang mementingkan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.

Kedudukan Golongan Aristokrat Menjadi Lemah

Golongan tuan tanah di Eropah telah mengenakan sewa tanah pada kadar tetap. Oleh itu mereka tidak boleh menaikan kadar sewa walaupun harga barangan dan perkhidmatan telah meningkat. Ini telah menyebabkan kedudukan golongan aristokrat menjadi lemah, sebaliknya golongan pedagang dan pengusaha memperolehi kekayaan.

Kesan Sosial

Penyebaran Agama Kristian

Kuasa Portugis telah berusaha untuk mengkristiankan penduduk di wilayah yang dikuasai oleh mereka kepada fahaman Katolik, namum tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk seperti di Melaka dan Jepun.

Penemuan Dunia Baharu

Aktiviti penerokaan dan penjelajahan telah membawa kepada penemuan dunia baharu seperti kawasan Australia, Amerika Utara dan Amerika Selatan yang sebelum ini tidak diketahui oleh kuasa Eropah. Wilayah-wilayah inilah telah menjadi pembekal makanan dan barangan lain ke Portugal dan negara-negara Eropah seperti ubi kentang, gula, kopi, jagung, tembikar, emas, perak, kain dan permaidani.

Pemerdagangan Hamba

Kesan kegiatan penerokaan dan penjelahan telah membawa kepada perdagangan hamba yang dibawa ke dunia baharu untuk mengusahakan lombong dan ladang pertanian. Kegiatan ini telah dimulakan oleh Putera Henry.


 

Maksud dan ciri ciri masyarata Agraria

Pengenalan / Definisi Masyarakat Agraria

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang sebagai sumber kehidupan mereka. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.

Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menetap di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.
Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan di kawasan sungai ataupun tasik-tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan mengamalkan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.

Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya Revolusi Pertanian di England pada abad ke-17 di mana revolusi ini telah tersebar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat dengan akviti pertanian semakin meningkat. Masyarakat agraria menjadi lebih berdikari dan melalui penggunaan jentera moden, kegiatan pertanian lebih menjurus kepada  pertanian ladang dan dalam skala yang besar.

Manakala masyarakat agraria di China terbentuk disebabkan sebahagian besar kawasan negara tersebut mempunyai tanah yang subur, disaliri oleh Sungai Hwang Ho dan diselaputi oleh iklim yang bersesuaian menjadikan negara berkenaan sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman. Namun demikian pada peringkat awal kemunculan masyarakat agraria di China, kegiatan mereka dikawal oleh golongan pemerintah dan menggunakan peralatan tradisional.

Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua negara boleh dilihat berdasarkan kepada 5 aspek iaitu kegiatan yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti di kawasan tanah yang subur dan iklim yang sesuai, hasil tanaman utama, sistem pengairan dan saliran serta kegiatan lain seperti berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.

1.CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA.

Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria adalah berasaskan kepada kegiatan pertanian dan penternakan. Di samping itu mereka juga menjalan kegiatan sampingan yang lain seperti memunggut hasil hutan.

Kegiatan pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan dalam bentuk sara diri iaitu sekadar untuk menampung keperluan harian sahaja. Mereka akan menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.

Silain itu, masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan penternakan sebagai sumber keperluan protien yang mencukupi untuk mereka. Binatang yang diternak oleh mereka seperti lembu, kambing, ayam dan biri-biri.

2. Kawasan Petempatan

Petempatan masyarakat agraria adalah terletak di kawasan yang subur untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti di lembah sungai dan delta sungai. Kawasan ini menjadi tumpuan mereka kerana kawasan ini terdapat mendapan tanah lanar yang subur. Contohnya, masayarakat agraria di China membuka petempatan di sekitar lembah Sungai Kuning.

3. Sistem Pengairan Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam membina sistem pengairan bagi tujuan mengairi kawasan pertanian mereka. Mereka mempunyai kemahiran dalam membina terusan, kolam takungan air dan tali air.

Terbinanya sistem pengairan ini telah mendorong berlakunya pertambahan keluasan kawasan pertanian kerana kawasan yang jauh dari sumber air juga dapat diusahakan dengan adanya terusan. Selain itu, kegiatan pertanian dapat dijalankan secara intensif atau lebih giat dengan adanya sistem pengairan ini.

Masyarakat agraria di China, telah membina terusan untuk mengairan kawasam pertanian mereka. Manakala di Belanda pula, mereka menggunakan kaedah kincir angin untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian.

4. Kesuburan Tanah

Oleh kerana memerlukan tahap kesuburan tanah yang tinggi bagi membolehkan kegiatan pertanian dijalankan, maka masyarakat agraria telah berusaha untuk mengetahui bagaimana cara-cara dalam memelihara kesuburan tanah pertanian ini.

Mereka telah mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah pertanian.

Di Belanda, masyarakat agrarianya menggunakan baja asli (najis binatang) yang diperolehi daripada kawasan penternakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.

5. Peningkatan Penggunaan Teknologi

Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam mencipta peralatan-peralatan baru bagi menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran. Penggunaan teknologi atau peralatan baru turut meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Masyarakat di Belanda telah menggunakan mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian. Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah dan teknik pertanian untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian seperti memperkenalkan sistem tanaman giliran.

 

sumber rujukan  utama matapelajaran ini dari..
sumber  _ dan terima kasih tak terhingga kepada admin blog tersebut ( blog  cikgustpm blogspot )hanya allah sahaja bisa membalasnya.

 


 

Advertisements