UNDANG UNDANG TANAH..milik strata

Akta Hakmilik Strata 1985

Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS), menyediakan urusan pecah bahagi bangunan dan tanah bagi hartanah yang dikongsi. Ia melibatkan permohonan untuk pecah bahagi, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik, menyediakan sistem untuk pengurusan skim strata selepas pengeluaran hakmilik dan juga menyediakan sistem bagi menangani yang dikenali sebagai ‘Lembaga Hakmilik Strata’. Akta ini terletak di bawah bidangkuasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.AHS mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1985. Sebelum ini, permohonan untuk hakmilik individu bagi petak dalam bangunan berbilang tingkat boleh dibuat di bawah peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Hakmilik subsidiari telah dikeluarkan bagi petak-petak tersebut.

AHS telah diwujudkan bagi menangani kelemahan dan kekurangan peruntukan di dalam KTN berkaitan pecah bahagi bangunan dan juga membantu dalam rujukan lain berkaitan pecah bahagi dan pengurusan bagi bangunan berbilang tingkat, di mana sehingga kini boleh diperolehi di pelbagai Bahagian, Bab dan Jadual dalam KTN. Walaubagaimanapun AHS mengandungi hampir semua peruntukan KTN berkaitan pecah bahagi bangunan, elemen-elemen baru dan peningkatan umum telah dilakukan kepada proses dan prosedur permohonan hakmilik strata dan pengurusan bangunan berbilang tingkat.

AHS telah dipinda sebanyak 4 kali sejak diperkenalkan iaitu pada 23 Februari 1990 (Akta A753), 2 Ogos 1996 (Akta A951), I Disember 2001 (Akta A1107) dan 12 April 2007 (Akta A1290). Dalam pindaan terkini, pecah bahagi tanah kepada petak tanah, petak aksesori dan harta bersama telah diperkenalkan. Pindaan ini memberi ruang kepada konsep pembangunan perumahan baru yang dikenali sebagai Skim Komuniti Berpagar (GACOS). Skim perumahan ini mengandungi hartanah seperti banglo, rumah teres dan juga rumah berkembar yang dibina di atas satu lot dengan kemudahan harta bersama yang dikongsi seperti rumah kelab, kolam renang dan padang terbuka. Ia merupakan komuniti tertutup dengan dinding atau pagar di sekeliling kawasan perumahan dan akses keluar masuk adalah terhad.

Apa Itu Hakmilik Strata?

Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah berimilik. Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan. Hakmilik strata mulanya telah diperkenalkan pada 1966 melalui Kanun Tanah Negara Malaysia 1965, untuk meningkatkan perundangan bagi pemilikan bangunan berbilang tingkat. Sebelum ini ia dikenali sebagai hakmilik subsidiari dengan rujukan bangunan yang didirikan di atas tanah berimilik. Pada pindaan 2007, konsep hakmilik strata telah diperluaskan bagi kegunaan petak-petak tanah di atas tanah berimilik. Skim hakmilik strata mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara ‘self-governance’ oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan. Petak-petak samada apartmen, kondominium, rumah Bandar, kompleks komersil, GACOS dan lain-lain ditunjukkan diatas hakmilik sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tanggan, bumbung, taman dan sebagainya.

Glosari Hakmilik Strata

PETAK

Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.

AGREGAT UNIT SYER

Jumlah unit syer bagi petak-petak (termasuk blok sementara).

KELAYAKAN UNIT SYERSetiap petak diumpukkan unit syer dan ditunjukkan di dalam pelan strata. Jumlah umpukan unit syer adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz petak, lokasi petak, harga jualan petak, harga pasaran petak dan lain-lain. Pembayaran caruman adalah berdasarkan umpukan unit syer bermaksud semakin besar unit syer makin tinggi caruman yang dibayar.

HARTA BERSAMA

Kawasan tanah dan bangunan di dalam skim strata yang tidak terdiri daripada petak atau petak aksesori.

PERBADANAN PENGURUSAN

Terdiri daripada pemilik-pemilik petak di dalam skim strata. Ia terbentuk secara automatik bila hakmilik strata didaftarkan melalui Buku Daftar Strata.

PETAK AKSESORI

Di dalam skim strata, unit yang digunakan bersama-sama petak.

KUMPULAN WANG PENGURUSAN

Caruman dibayar ke dalam kumpulan wang ini untuk menampung perbelanjaan harian perbadanan pengurusan seperti elektrik, insurans, penyenggaraan dan pembaikan harta bersama dan lain-lain lagi.

AKAUN KHAS

Caruman yang dibayar ke dalam akaun ini untuk menampung perbelanjaan lain(periodic account)seperti penggantian dan penukaran seperti mengecat, permaidani tangga, sumbangan untuk menampung perbelanjaan luar jangka dan lain-lain.

AGENDA

Senarai usul yang diundi semasa mesyuarat.

UNDANG-UNDANG KECIL

Undang-undang yang diwujudkan dalam Jadual Ketiga, Akta Hakmilik Strata 1985 yang perlu dipatuhi oleh penduduk (pemilik dan penyewa). Ia boleh ditambah dalam mesyuarat agung perbadanan pengurusan. Semua undang-undang kecil tambahan tidak sama, adalah dinasihatkan untuk menyimpan salinan undang-undang kecil sedia ada bagi skim strata terbabit.

KEGUNAAN EKSLUSIF

Merupakan hak istimewa yang diberikan kepada pemilik untuk menggunakan sebahagian harta bersama seperti kegunaan khas tempat meletak kenderaan yang terletak di atas harta bersama.

AHLI-AHLI MAJLIS

Dipilih mewakili pemilik petak. Pemilihan dibuat pada mesyuarat agung tahunan. Kuasa untuk ahli-ahli majlis terhad seperti dikenakan oleh perbadanan pengurusan.

MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat pemilik petak dan pihak-pihak berkepentingan (seperti daftar strata) yang dimaklumkan melalui notis panggilan mesyuarat. Perbadanan pengurusan dikehendaki mengadakan mesyuarat sekali dalam setahun.

Panduan Pengurusan Stratum

  • PEKELILING KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
  • PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN PENGURUSAN TANAH
  • PANDANGAN AM PENGARAH STRATA

PEKELILING KPTG

Pekeliling Bilangan 3 / 1987

KAEDAH-KAEDAH HAKMILIK STRATA 1987

Pekeliling Bilangan 2 / 1990

LANGKAH-LANGKAH DAN TINDAKAN UNTUK MEMPERCEPATKAN URUSAN PENYEDIAAN, PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN HAKMILIK STRATA

Pekeliling Bilangan 2 / 1991

LANGKAH-LANGKAH DAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMPERCEPATKAN URUSAN PENYEDIAAN, PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN HAKMILIK TETAP

Pekeliling Bilangan 1 / 1993

PERATURAN UKUR DAN GARIS PANDUAN PECAH BAHAGI BANGUNAN

Pekeliling Bilangan 3 / 2007

PELAKSANAAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA A 1290 – PINDAAN 2007)

Pekeliling Bilangan 1 / 2008

PANDUAN PELAKSANAAN PELUPUSAN TANAH BAWAH TANAH DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA 1965

PEKELILING KPTG BIL 1/2008

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN PENGURUSAN TANAH

Pekeliling Bilangan 1 / 2004

PANDUAN PERMOHONAN PECAH BAHAGI BANGUNAN SATU TINGKAT UNTUK PENGELUARAN HAKMILIK STRATA DI DALAM SATU SKIM JIKA TERDAPAT BANGUNAN DUA TINGKAT ATAU LEBIH YANG DIPECAH BAHAGI MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 6, AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Pekeliling Bilangan 2 / 2004

PANDUAN PENUBUHAN LEMBAGA HAKMILIK STRATA DI NEGERI-NEGERI

Pekeliling Bilangan 3 / 2004

PANDUAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN BAGI KES-KES KEGAGALAN MEMOHON UNTUK MEMECAH BAHAGI BANGUNAN MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 8, AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Pekeliling Bilangan 1 / 2008

PANDUAN PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN PROSES KERJA PENGELUARAN HAKMILIK STRATA

PANDUAN AM PENGARAH STRATA

MEMAHAMI PROSES PENGELUARAN HAKMILIK STRATA MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA 1985

  • OVERVIEW PEMBANGUNAN TANAH UNTUK HAKMILIK STRATA
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s