UKUR ARAS DAN MAKSUD MSL

Datum :
Sebarang permukaan aras yang menjadi titik rujukan bagi ketinggian titik-titik.Datum bagi ukur aras biasanya diambil dari aras purata laut ( Mean Sea Level )
Aras Laras ( Reduce Level ) :
Aras laras ialah aras atau ketinggian setiap titik yang dikira ke atas atau bawah datum.
Batu Aras (B.A) :
Suatu titik rujukan tetap dan kekal yang diketahui nilai ketinggian dengan di rujukkan kepada datum tertentu.
Temporary Batch Mark ( T.B.M ) :
Titik yang stabil tetapi bukan untuk kegunaan kekal,di sediakan berhampiran kawasan kerja,sebagai titik rujukan lanjutan dari batu aras lebih jauh kedudukannya.
Tinggi Garis Kolimantan ( T.G.K) :
TGK ialah garis cerapan di atas permukaan datum yang di gunakan atau kedudukan tinggi alat.
Pandangan Belakang :
Iaitu pandangan ataupun bacaan pertama yang diambil ke staf setelah mendirisiapkan alat aras pada sesuatu tempat.
Pandangan Hadapan :
Ialah pandangan atau bacaan terakhir yang diambil sebelum alat aras berpindah ke tempat lain.
Pandangan Antara :
Ialah bacaan yang diambil diantara pandangan belakang dan hadapan.

 

Advertisements