TEORI ASAS REMOTE SENSING

IMG 1 IMG 3 IMG 2TEORI ASAS PENDERIAAN JAUH (REMOTE SENSING) DAN JENISDAN JENIS–JENIS IMEJ SATELITSATELIT

Definisi Penderiaan Jauh (Remote Sensing)
Sistem Penderiaan Jauh
Keperluan Data Penderiaan Jauh
Kegunaan Data Penderiaan Jauh
Pembetulan Geometrik/ Rektifikasi
Kenapa Perlu Pembetulan Geometrik/ Rektifikasi
Unjuran Peta
Registrasi (Registration

Georeferensi (Georeference)
Punca Tenaga Elektromagnet
Apa itu resolusi?
oResolusi Spektrum (Spectrum)
oResolusi Ruang (Spatial)
oResolusi Radiometrik
oResolusi Temporal
Jenis-jenis Imej Satelit

Suatu sains yang mendapatkan maklumat mengenai sesuatu objek, kawasan atau fenomena melalui analisis data yang diperolehi daripada peralatan yang tidak menyentuh objek yang dikaji itu melalui penderia sinaran elektromagnet. (Contoh peralatan yang digunakan: kapalterbang, belon udara, satelit dan sebagainya)

Sistem penderiaan merupakan peralatan yang digunakan untuk mendapatkan imej atau maklumat sama ada ianya:
oKamera
oPengesan elektro-optik
oPengesan pelbagai spektra (multispectra)
oPengesan sapuan (swath)
KameraKamera: Dalam bidang penderiaan jauh, kamera diubahsuai untuk mendapatkan imej yang baik. Kamera berjarak fokus pendek dikenali kamera sudut besar (super wide angle camera) digunakan untuk kawasan liputan (coverage) yang luas. Kamera berjarak fokus panjang (telephoto) memberikan lupitan yang kecil tetapi imej yang lebih terperinci.

Pengesan ElektroPengesan Elektro–OptikOptik: Konsep seperti kamera tetapi proses pengesanan imej mengikut siri baris (scane-lines) dan menggunakan hanya satu pengesan (sensor), imej yang direkodkan bersudut tepat dengan laluan penerbangan atau orbit. Setiap siri baris merupakan gabungan beberapa resolution cells dari cell yang pertama hingga akhir.
Pengesan Pelbagai Spektra (multispectralmultispectral)): Prinsip sama dengan pengesan elektro-optik tetapi pengesanan imej dilakukan mengikut pelbagai jalur. Setiap pengesan (sensor) akan mengesan pancaran elektromagnetik yang berbeza jarak gelombangnya (cth: LandSAT).

Banyak manfaat yang diperolehi daripada data satelit terutama yang memerlukan kawasan kajian yang luas, pandangan menyeluruh secara global, perulangan data yang kerap dan sesuai, serta imej yang dideriakan melampaui spektrum cahaya nampak.

Perubahan IklimPerubahan Iklim: Disebabkan pertambahan kandungan gas di atmosfera akibat pembakaran bahan api fosil, pertanian dan perindustrian serta mengakibatkan suhu bumi naik setiap tahun;
Pengurangan dan Kehabisan Lapisan OzonPengurangan Ozon: memberi laluan pada sinaran ultra lembayung untuk sampai ke permukaan bumi dan memberi kesan negatif pada kesihatan

manusia dan kehidupan lain;
Hujan AsidHujan Asid: apabila sebatian sulfur dalam pembakaran bahan api fosil dimendapkan melalui hujan;
Pengurangan HujanPengurangan Hujan: akibat dari aktiviti pembangunan tidak terancang sektor pertanian, perbandaran dan pembalakan; dan
Kajian PlumKajian Plum: kajian dibuat bagi memperlihatkan pergerakan sedimen permukaan, kadar hakisan dan pencemaran bahan terampai pada sungai-sungai utama.

Suatu proses mutlak melakukan transformasi data dari satu sistem grid menggunakan suatu transformasi geometrik.
Disebabkan posisi pixel pada citra output tidak sama dengan posisi pixel input, maka pixel-pixel yang digunakan untuk mengisi citra yang baru harus dibuat resampling semula.
Resampling adalah suatu proses melakukan ekstrapolasi nilai data untuk pixel-pixel pada sistem grid yang baru dari nilai pixel citraan asalnya.

Membandingkan dua (2) imej satelit atau lebih untuk lokasi tertentu.
Membangun GIS dan melakukan permodelan spatial.
Meletakkan lokasi-lokasi pengambilan sesuatu kawasan (area) sebelum melakukan klasifikasi.
Membuat peta dengan skala yang telah ditentukan.
Melakukan overlay imej satelit dengan data spatial yang mempunyai skala yang berbeza.
Membuat mozek terhadap imej satelit.
Melakukan analisis terhadap suatu lokasi geografi dengan memerlukan posisi imej satelit yang tepat.

Bagi menyediakan posisi planimetri terdapat banyak sistem unjuran. (Cth: UTM, WGS84, Cassini-Soldner dan sebagainya)
Sistem unjuran yang diterimapakai di JUPEM dan Malaysia adalah Rectified Skew Ortomorphic (RSO) dan datum adalah Geocentric Datum of Malaysia 2000 (GDM2000).
Setiap sistem unjuran yang digunakan adalah berkait dengan sistem koordinat yang digunakan pada peta yang dikehendaki.

Adalah suatu proses membuat suatu confirmation antara imej satelit dengan imej satelit yang lain tanpa melibatkan proses pemilihan sistem koordinat.
Georeferensi (GeoreferenceGeoreference))
Adalah suatu proses memberikan koordinat peta pada imej satelit secara planimetri (x, y).
Pembetulan geometrik sesungguhnya melibatkan proses georeferensi kerana semua sistem unjuran adalah berkaitan dengan koordinat peta.

Spektrum ElektromagnetSpektrum Elektromagnet: spektrum yang mewakili tenaga elektromegnet dalam bentuk kontinum dari panjang gelombang yang paling pendek (Cth: sinar kosmik ke gamma) ke panjang gelombang yang sangat panjang (Cth: gelombang radio dan televisyen).

Ciri Sinaran ElektromagnetCiri Elektromagnet: rambatan gelombang elektromagnet mengarah tegak lurus dengan medan elektrik dan magnet. Gelombang elektromagnet ini dicirikan dengan amplitud, panjang gelombang, tempoh, frekuensi dan halaju.
Matahari Matahari merupakan tenaga elektromagnet yang digunakan dalam penderiaan jauh.

RadioRadio: Adalah bentuk paras tenaga elektromagnet yang terendah dengan memiliki panjang gelombang dari ribuan kilometer hingga kepada kurang 1 meter. Penggunaan tenaga ini yang pling banyak adalah untuk komunikasi, kajian ruang angkasa dan sistem radar.

MicrowaveMicrowave: Merupakan gelombang radio iaitu gelombang elektromagnet dengan frekuensi sangat tinggi (Super High Frequency, SHF) di atas 3 GHz (3×109 Hz).
InfraredInfrared: Membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dari satu peranti ke peranti yang lain. Ia tidak boleh menembusi dinding seperti gelombang radio. Contoh teknologi yang menggunakan infrared;- pencetak, PDA, telefon bimbit, TV remote control, komputer riba dan lain-lain.

VisibleVisible: Posisi tengah sinar nampak pada spektrum elektromagnet dan jenis tenaga yang boleh dikesan oleh mata manusia, filem dan pengesan elektronik.
Ultraviolet, XUltraviolet, X–Ray, GammaRay, Gamma–RayRay: Radiasi yang dihasilkan berada dalam urutan paling kiri dalam spektrum elektromagnet. Jenis radiasi yang memiliki tenaga tinggi seperti pembentukan bintang, nuklear atau ledakan bintang. Radiasi Ultraviolet (UV) boleh dikesan oleh filem dan pengesan elektronik, sedangkan X-ray dan Gamma-ray diserap sepenuhnya pleh atmosfera sehingga tidak berupaya diukur oleh sistem penderiaan jauh.

Interasksi TenagaInterasksi Tenaga: Gelombang elektromagnet (EM) yang dihasilkan matahari dipancarkan dan masuk ke atmosfera bumi. Interaksi antara radiasi dengan partikel atmosfera berupaya menyerap (absorbtion), pemencaran (scattering) atau dipantul kembali (reflectance).

SensorSensor: Radiometer adalah alat pengukur bagi aras tenaga dalam kisaran panjang gelombang tertentu, yang disebut sebagai channel. Penderiaan jauh multispectral menggunakan sebuah radiometer yang berupa deretan dari banyaknya sensor.
LansatTM7LansatTM7: Contoh sensor pasif yang paling terkenal adalah sensor utama (channel) yang ada pada satelit Lansat, Thermatic Mapper yang memiliki 7 band (Band 1 – Band 7)

Kebolehan sistem penderiaan jauh membezakan suatu objek itu dari suatu tempat dan merupakan elemen parameter penting untuk prestasi sistem penderiaan jauh yang dipilih.
Terdapat 4 jenis resolusi:-
oResolusi Spektrum
oResolusi Ruang
oResolusi Radiometrik
oResolusi Temporal

Kelebaran jalur panjang gelombang yang dipancarkan/ dideriakan. Di mana, liputan spektrum pula menerangkan jumlah dan julat spektrum salurab pada imej yang dihasilkan.

Peringkat pemilihan kawasan ruang (spatial) sesuatu imej dengan ukuran objek yang paling kecil yang dikenalpasti sebagai satu entiti yang berasingan pada suatu imej atau dilambangkan dengan satu piksel (pixel – picture element).

Ukuran sensitif penderia (sensor) untuk membezakan aliran radiasi (radiant flux) yang dipantulkan dari suatu objek permukaan bumi yang direkodkan nilai terangnya pada setiap lokasi piksel yang diwakili dengan nombor digit dari 0 – 255.
Angka numerik (1 byte) piksel disebut Digital Number (DN), di mana 0 menggambarkan hitam hingga 255 menggambarkan putih.

Resolusi temporal adalah sela waktu yang diperlukan oleh satelit untuk merakam imej secara berturutan dan pusingan ini ditetapkan untuk platfom satelit oleh sifat-sifat orbit.

JENIS  IMAGE SATELIT

LanSAT 7
QuickBird
IKONOS (infrared)
SPOT-5
LiDAR

  • En. Mohd. Johari bin Md. SharifEn. Sharif
  • Cawangan Pemetaan Raster & Keselamatan Cawangan Keselamatan
  • Seksyen Penawanan DataSeksyen Data JUPEMJUPEM
Advertisements