SISTEM KADASTER BERKOORDINAT – PENGENALAN

 BAB 1

PENGENALAN

1.1   Pengenalan

Sistem Kadaster Berkoordinat merupakan satu sistem yang berasaskan koordinat terlaras yang terhasil daripada bering dan jarak dalam satu jaringan kadaster menggunakan kaedah pelarasan kuasa dua terkecil, yang seterusnya menggantikan pelarasan kaedah bowditch dan transit. Sistem Kadaster Berkoordinat ini mampu menganalisa kualiti cerapan dan kesepadanan geometri jaringan dan mampu melakukan pelarasan bagi kuantiti cerapan yang banyak seperti lot pertanian dan perumahan. Dengan sokongan dari pengkalan data ukur kadester (PDUK) yang melibatkan ukuran kelas satu,dua dan tiga maka proses pelarasan dilakukan dengan menggunakan nilai bering dan jarak yang diperolehi daripada pengkalan data tersebut.

Penggunaan teknologi GPS (Global Positioning System – Sistem Penetududukan Sejagat) adalah satu kaedah baru yang dikenal pasti dapat menaiktaraf sistem kadaster yang ada sekarang. Dengan penggunaan GPS maka selisih pengukuran dapat dikurangkan kerana GPS mengamalkan cerapan secara individu (indipendant) dan setiap koordinat yang diproses akan menghasilkan koordinat jitu mengikut kehendak pengguna. Ia juga perlu disokong oleh perisian yang ditetapkan untuk memproses data lapangan. Penggunaan ‘Global Positioning System’ ( GPS ) dalam ukur kadaster boleh mendapatkan koordinat sesuatu titik di permukaan bumi dengan cepat dan tepat berbanding pengukuran konvensional. Pengukuran kadaster GPS akan melibatkan kerja penentuan koordinat batu-batu sempadan dengan merujuk kepada stesen kawalan GPS berdekatan yang ditubuhkan dengan ukur kawalan GPS.( Chong Siat Li, 1998 )

Sistem Kadaster Berkoordinat ini secara implimentasi telah dibuktikan boleh digunapakai untuk pelarasan jaringan kadaster sekarang yang terdapat di dalam Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK). Cerapan GPS perlu dilakukan dilapangan diatas titik kawal GPS yang hampir dengan kawasan pengukuran. Kajian yang dilakukan dibahagikan mengikut blok iaitu mengikut Lembar Piawai yang mana kebiasaannya empat (4) atau lebih cerapan GPS dilakukan sebagai kawalan untuk memudahkan proses pelarasan kelak.

Pelarasan kuasa dua terkecil adalah kaedah yang digunakan untuk pelarasan koordinat menggunakan bering dan jarak yang diperolehi dari Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK), tetapi proses hitungan dilakukan dengan bantuan perisian StarNetTM yang mampu melakukan pelarasan jaringan dua dan tiga dimensi.

Daripada hasil pelarasan tersebut terhasil satu jaringan kadaster yang baru dimana koordinat yang terhasil adalah koordinat terlaras. Proses yang dilalui dalam penghasilan koordinat terlaras perlu melalui peringkat pemeriksaan dilapangan dimana garisan lot-lot kadaster tersebut disemak untuk membuktikan bahawa koordinat yang terhasil betul.

Dalam penulisan ini juga kajian menumpu kearah penghasilan amalan baru dalam ukur kadaster yang mana bagi pengukuran lot-lot baru permulaan kerja tidak memerlukan datum kerja dan cerapan bering anggaran sudah memadai untuk mendapatkan bacaan sudut serta jarak. Walaubagaimanapun ini masih diperingkat kajian dan sekiranya ia tidak bertentangan dengan amalan ukur kadaster sekarang mungkin kaedah baru yang diterbitkan ini boleh digunapakai Kajian bagi penghasilan Sistem Kadaster Berkoordinat telah bermula pada tahun 1996 dan kajian ini dijalnkan hasil kerjasama diantara jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Universiti Teknologi Malaysia. Objektif utama dalam kajian pada peringkat itu adalah :

  • Untuk mewujudkan jaringan kawalan kadaster selaras dengan penggunaan Global Positioning System (GPS).
  • Untuk memilih kaedah pelarasn yang sesuai dalam pelarasan jaringan kadaster yang luas/besar.

Ia kemudiannya disusuli dengan kajian yang lebih terpeinci dalam tahun 1997 hingga 1999 dimana kawasan kajian yang dipilih adalah diantara Melaka/Johor iaitu persempadanan diantara dua buah negeri yang mempunyai objektif (Abd. Majid et.al, 1999(a)):

  • Untuk melaksanakan pelarasan bagi jaringan kadaster yang besar.
  • Untuk mengaplikasikan unjuran Rectified Skrew Orthomorphic (RSO) dalam sistem pelarasan jaringan kadaster.
  • Untuk menggunakan datum (WGS84) sebagai Datum Geodetik Kebangsaan (rajah 1.1) dan
  • Untuk memperkenalkan penggunaan GPS dalam ukur kadaster.

elipsoid nizam333Datum Origin : Center of Mass Data integration can be done globally

ELIPSOID MODIFIED EVEREST

elipsoid nizam-sebelumDatum Origin : Kertau

Rajah 1.1 : Sebelum dan selepas melalui CCS

elipsoid nizam 22

(Abd. Majid A.Kadir ,et.al,2003)

Dalam penulisan ini perkara yang dititik beratkan adalah seperti berikut :

  • Teknik pengukuran di lapangan secara praktikal dalam memudahkan proses pelarasan jaringan kadaster khususnya bagi lot-lot yang baru diukur.
  • Untuk mengenalpasti penggunaan datum rujukan dalam menjalani proses pelarasan jaringan kadaster bagi lot baru.dan
  • Untuk mengkaji amalan ukur kadaster sediada (Peraturan Ukur Kadaster 2002) dalam pembangunan Sistem Kadaster Berkoordinat.

Selain itu hasil akhir yang diperolehi daripada kajian ini adalah:

  • Penggunaan datum rujukan yang digunakan dalam proses pelarasan jaringan kadaster samada daripada datum rujukan utama atau datum rujukan sediada yang mana tanda-tanda sempadan lot yang telah melalui cerapan GPS ke atasnya sesuai untuk digunakan sebagai datum rujukan dalam menjalani pelarasan jaringan.
  • Mengukuhkan amalan ukur sediada terutamanya dalam penggunaan GPS dalam menjalani ukuran kadaster.
  • Teknik ukur kadaster baru yang dapat memudahkan dan menjimatkan masa serta kos untuk masa hadapan dapat dipraktikkan.

1.2       Pernyataan Masalah:

 Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti yang telah di selesaikan selaras dengan pembangunan Sistem Kadaster Berkoordinat. Antara masalah yang dikenalpasti adalah:

1.2.1    Kelemahan Datum Koordinat dalam Ukuran Kadaster

Sistem koordinat yang digunakan pada ketika ini dalam penentuan koordinat kadaster adalah berdasarkan daripada jaringan triangulasi seperti PERAK, ASA dan MRT (Malaysia Revised Triangulation) yang telah ditubuhkan pada waktu dahulu. Terdapat 10 Origin Cassini di Semenanjung Malaysia kecuali bagi negeri Melaka dan Perlis yang berbeza. Dari 10 kawalan origin untuk pengukuran kadaster ini mengakibatkan timbulnya beberapa masalah seperti:

  • Terdapat celahan bagi sambungan lot-lot kadaster diantara satu sama lain.
  • Kesukaran untuk membuat meningkatkan pengkalan data ukur kadaster diantara sesebuah negeri disebabkan perbezaan datum rujukan.
  • Koordinat yang digunakan dalam sistem kadaster sekarang banyak sumber yang tidak diketahui betul atau tidak seperti contoh terdapat koordinat pelotan, rigid koordinat dan sebagainya yang digunakan dalam sistem kadaster sekarang.
  • Berlaku istilah ‘over lapping’ diantara data kadaster dengan data GIS (Geography Information System) dan LIS (Land Information System) ketika padanan dilakukan keatas data-data ini.

1.2.2        Keperluan Datum Ukuran Terabas

Mengikut Peraturan Ukur Kadaster 2002 (PUK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang disokong oleh pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan pemetaan Bil.3 Tahun 2003 (3.7) setiap pengukuran kadaster hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan dan sebaik-baiknya terdiri daripada :

Dua (2) tanda ukur yang bersebelahan dan pengukuran terdahulu dimana kedudukan tanda-tanda tersebut telah dibuktikan berada dalam kedudukan asal di dalam had yang dibenarkan, sama ada melalui pengukuran terus atau terabas dan hitungan serta dengan cerapan matahari untuk azimut mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan ; atau

  • Tiga (3) tanda ukur dari pengukuran terdahulu dimana dua (2) daripadanya bersebelahan, yang dibuktikan dengan ukuran sudut dan jarak atau dengan terabas dan hitungan,berada dalam kedudukan asal.
  • Mana-mana dua (2) tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang dibuktikan berada dalam kedudukan asal melalui kaedah GPS seperti yang ditetapkan oleh jabatan.
  • Syarat datum pula adalah jarak garisan yang akan dijadikan sebagai datum hendaklah melebihi 30 meter dan memenuhi had anjakan yang dibenarkan.
  • Mengikut Peraturan Ukur Kaaster 2002 ini perkara utama yang perlu dititiberatkan sebelum melakukan ukuran kadaster adalah :
  • Penentuan datum rujukan perlu dibuktikan berada pada kedudukan sebenar sebelum menjalankan ukuran kadaster, ia bertujuan untuk memastikan proses hitungan tidak berlaku kesilapan apabila perbezaan dibuat dengan ukuran sebelumnya tidak melebihi had yang ditetapkan.
  • Dalam amalan ukur sekarang segala pengukuran adalah mengikut PUK yang memerlukan beberapa hitungan sebelum sesuatu kerja ukur kadaster diluluskan oleh JUPEM antaranya adalah
  • Pelarasan tikaian bering dan jarak yang dibuat dengan menggunakan kaedah Bowditch
  • Pelarasan koordinat yang dibuat dengan menggunakan kaedah Transit
  • Pengiraan koordinat yang mana di semenanjung Malaysia menggunakan sistem unjuran Cassini-Soldner.
  • Pelarasan jaringan kadaster sebelum ini menggunakan Kaedah Bowditch atau Transit yang membahagikan pembetulan sama rata kepada setiap titik didalam jaringan kadaster.

1.2.3      Teknik Pengukuran

Pengukuran dilapangan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan berikutan perlunya ukuran terabas kawalan disamping mendapatkan datum dalam ukuran kadaster di lapangan. Selain dari itu pada sesetengah keadaan perlu menjalani tilikan matahari untuk mendapatkan Azimut Akui (Az Ak). Ini sedikit sebanyak menjejaskan pengoptimaan waktu bekerja sedangkan terdapat kaedah yang boleh mengurangkan tempoh waktu bekerja disamping itu dapat menjimatkan kos buruh.

1.2.4    Koordinat Tidak seragam dalam Pengkalan Data Ukur Kadaster

Ukuran –ukuran yang telah dijalankan oleh JUPEM dan Jurukur Berlesen dan telah mendapat kelulusan daripada Pengarah Ukur Negeri (PUN) akan direkod dan dimasukkan kedalam Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) untuk memudahkan kerja naiktaraf untuk masa akan datang.

Walaubagaimanapun pengukuran yang dijalankan betul tetapi terdapat masalah dimana koordinat yang terdapat didalam pengkalan data kadaster tersebut tidak seragam akibat pengukuran dan penggunaan titik kawalan yang berbeza diantara pengukur-pengukur.

1.3       Objektif Kajian

Dalam penulisan ini terdapat beberapa matlamat yang hendak dicapai hasil daripada kajian yang dijalankan.Terdapat bebrapa objektif utama dalam penulisan ini dan antaranya adalah :

  • Untuk mengkaji keperluan datum koordinat dalam amalan ukur kadaster selaras dengan pembangunan Sistem Kadaster Koordinat (CCS) khususnya untuk pengukuran lot baru.
  • Untuk mengkaji amalan ukur kadaster sediada (Peraturan Ukur kadaster 2002) dalam arus pembangunan Sistem Kadaster Berkoordinat.
  • Untuk mengkaji teknik ukur kadaster yang lebih mudah dan cepat disamping membantu proses pelarasan jaringan kadaster.

1.4       Skop Kajian

Objektif
Skop Kajian
Objektif Pertama
1.Melihat keperluan titik kawalan GPS                                                       dalam pembangunan Sistem Kadaster           Berkoordinat.

2. Meneliti dan melihat perbezaan yang  diperolehi hasil pelarasan yang menggunakan titik kawalan GPS yang berbeza.

Objektif Kedua
1.Meneliti kehendak amalan ukur kadaster  berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Peraturan Ukur Kadaster 2002.

2. Mengkaji amalan baru yang dapat mempercepatkan proses pengukuran dan memudahkan proses pelarasan jaringan.

Objektif Ketiga
1.Menjalankan pengukuran dipadang berdasarkan amalan baru yang terhasil.

2. Meneliti kelebihan dan keberkesanan  amalan baru.

1.5       Kepentingan Dan Sumbangan Kajian

Ukur kadaster adalah suatu ukuran dalam bidang ukur yang dianggap mempunyai pelbagai masalah dimana di Malaysia  penggunaan Sistem Torrens masih digunakan pada masa kini. Oleh kerana teknologi pada waktu ini sudah mencapai tahap yang lebih baik berbanding dulu maka pengukuran dalam bidang ini telah beralih arah sejak kemunculan peralatan Penentududukan Sejagat (GPS). Dengan adanya teknologi cerapan dan pengukran GPS dapatlah meringankan serta memudahkan kerja-kerja pengukuran dan sesuatu kerja pengukuran itu dapat dijalankan dengan lebih efektif serta menghasilkan kejituan terhadap data yang diperolei dilapangan serta menjimatkan masa.

Kewujudan sistem baru dalam ukur kadaster yang dikenali sebagai Sistem Kadaster Berkoordinat (CCS) telah membuka lembaran baru dalam ukur kadaster. Sistem ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan sistem yang sedia ada. Dengan pengunaan teknologi GPS inilah ia dapat dilaksanakan di Malaysia. Keperluan terhadap Sistem Kadaster Berkoordinat semakin bertambah kerana ia dapat memajukan pengurusan sistem kadaster disamping berperanan sebagai sistem sokongan utama dalam perancangan, pengurusan, perkembangan dan pengawalan harta tanah dan sistem maklumat yang berkaitan (Wong Kok Siong,1999).

Dalam kajian yang dijalankan di dalam penulisan ini terdapat objektif yang  telah dicapai seiring dengan pembangunan Sistem Kadaster Berkoordinat (CCS). Dalam penggunaan CCS pelarasan dijalankan keatas jaringan kadaster yang besar dengan berdasarkan kepada titik kawal GPS yang di cerap sebelum melalui proses pelarasan. Dalam kajian ini juga hasil yang diperolehi adalah teknik pengukuran baru yang mungkin akan digunapakai untuk masa akan datang dimana pengukur hanya perlu menggunakan bering andaian serta menjalankan cerapan keatas tanda-tanda sempadan yang ditemui di lapangan serta mengambil bacaan jaraknya. Maklumat yang dikehendaki dalam pelarasan jaringan adalah dengan teknik ini hanyalan sudut dalaman bagi setiap pepenjuru lot kadaster tersebut dan jarak.Dengan dua maklumat ini maka pelarasan keatas jaringan tersebut dapat dijalankan.

Selain itu juga dalam kajian ini menumpu kearah untuk melihat datum yang akan digunapakai sebelum melalui proses pelarasan keatas sesutu jaringan kadaster tersebut. Penelitian ini perlu dibuat kerana di Malaysia dahulunya terdapat pelbagai kelas ukuran iatu Ukuran Kelas Satu,Ukuran Kelas Dua dan Ukuran Kelas Tiga. Perbezaan penggunaan datum rujukan dilihat dalam outputnya nanti.

Dalam kajian ini juga pemerhatian juga telah dibuat keatas Peraturan Ukur Kadaster (2002) sediaada yang mana amalan ukur baru yang dihasilkan tidak bertentangan dengan amalan sekarang. Pada masa akan datang ini pengukuran yang dilakukan hanya satu kelas sahaja disebabkan pemakaian teknologi Total Station yang disokong oleh penggunaan GPS. Maka kajian ini hanya menumpu kepada lot baru yang seperti Ukuran Pecah Sempadan, Ukuran Pecah Bahagian, dan ukuran semula lot lama yang dinaiktaraf ke ukuran kelas satu.

1.6       Metodologi Kajian

 Rajah 1.2 di bawah menerangkan laluan kajian yang telah dilalui sehingga peringkat penulisan tesis.

elipsoid nizam 33

Rajah 1.2 : Carta alir bagi metodologi kajian

1.7      Kajian Literatur

 Ukur kadaster telah mengalami perubahan dalam era kecanggihan teknologi dengan penggunaan peralatan ukur seperti Electronic Distance Measurement (EDM), Total Station dan Global Positioning System (GPS) bagi menentukan kedudukan persempadanan dan tanda kawalan, juga penggunaan komputer bagi membantu kerja-kerja hitungan dan penyediaan lukisan pelan. Perubahan ini telah membawa kesan kepada pemakaian Peraturan Ukur 1976 yang mana peruntukan-peruntukan dalam dokumen tersebut tidak lagi dapat memenuhi keperluan amalan ukur kadaster semasa.

Sehubungan dengan itu, PUK 2002 telah digubal dan seterusnya dikuatkuasakan pelaksanaannya melalui Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Mala ysia Bil. 3/2002. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut cuma memperuntukkan peraturan mengenai pengendalian kerja ukur yang baru, disamping pengekalan amalan yang lama dalam bentuk yang umum sahaja. Oleh yang demikian, satu garis panduan baru yang menetapkan prosedur ukur kadaster yang lebih terperinci perlu disediakan untuk diterimapakai oleh JUPEM dan JUBL dalam melaksanakan kerja-kerja ukuran kadasteR

Di Semenanjung Malaysia, pentadbiran tanah adalah urusan maing-masing. Pendaftaran hakmilik tanah adalah dibawah kuasa Pejabat Tanah Negeri (PTG) manakala pengukuran tanah dan pengeluaran hakmilik tanah merupakan urusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Selain daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), kerja-kerja pengukuran kadaster juga disokong oleh sekumpulan jurukur bertauliah (jurukur berlasen) dibwah kuasa Licensed Land Surveyors Ordinance, 1958.

Pengukuran kadaster di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan kepada kelas ukuran-ukuran yang tinggi dan sistem koordinat kadaster yang diadakan pada setiap negeri. Sebelum pengukuran dijalankan, datum perlu dibuktikan berada pada kedudukan asal dan pengukuran terabas mestilah mematuhi tikaian lurus yang dibenarkan.Tikaian sudut yang dibenarakan untuk kelas pertama adalah 1’ 15”, kelas dua 2’ 30” dan kelas tiga adalah melebihi 2’ 30”. Diasamping itu juga ia dikawal oleh kiraan tikaian lurus yang dibenarkan untuk kelasnya yang mana untuk kelas satu adalah 1 8000 dan 1 : 4000 untuk kelas dua dan untuk kelas tiga adalah lebih daripada 1 : 4000.

Sistem Kadester Berkoordinat merupakan satu sistem yang berasaskan koordinat terlaras yang terhasil daripada bering dan jarak dalam satu jaringan kadester menggunakan kaedah pelarasan kuasa dua terkecil, yang seterusnya menggantikan pelarasan kaedah bowditch dan transit. Sistem Kadester berkoordinat ini mampu menganalisa kualiti cerapan dan kesepadanan geometri jaringan dan mempu melakukan pelarasan bagi kuantiti cerapan yang banyak seperti lot pertanian dan perumahan. Dengan sokongan dari pengkalan data ukur kadester (PDUK) yang melibatkan ukuran kelas satu, dua dan tiga maka proses pelarasan dilakukan dengan menggunakan nilai bering dan jarak yang diperolehi daripada pengkalan data tersebut.

Penggunaan teknologi GPS (Global Positioning System – Sistem Penetududukan Sejagat) adalah satu kaedah baru yang dikenal pasti dapat menaiktaraf sistem kadaster yang ada sekarang. Dengan penggunaan GPS maka selisih pengukuran dapat dikurangkan kerana GPS mengamalkan cerapan secara individu (indipendant) dan setiap koordinat yang diproses akan menghasilkan koordinat jitu mengikut kehendak pengguna. Ia juga perlu disokong oleh perisian yang ditetapkan untuk memproses data lapangan. Penggunaan Global Positioning System ( GPS ) dalam ukur kadester boleh mendapatkan koordinat sesuatu titik di permukaan bumi dengan cepat dan tepat berbanding pengukuran konvensional. Pengukuran kadaster GPS akan melibatkan kerja penentuan koordinat batu-batu sempadan dengan merujuk kepada stesen kawalan GPS berdekatan yang ditubuhkan dengan ukur kawalan GPS.( Chong Siat Li, 1998 )

Sistem Kadaster Berkoordinat ini secara implimentasi telah dibuktikan boleh digunapakai untuk pelarasan jaringan kadaster sekarang yang terdapat didalam Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK). Cerapan GPS perlu dilakukan dilapangan diatas titik kawal GPS yang hampir dengan kawasan pengukuran. Kajian yang dilakukan dibahagikan mengikut blok iaitu mengikut Lembar Piawai yang mana kebiasaannya empat (4) atau lebih cerapan GPS dilakukan sebagai kawalan untuk memudahkan proses pelarasan kelak.

Pelarasan kuasa dua terkecil adalah kaedah yang digunakan untuk pelarasan koordinat menggunakan bering dan jarak yang diperolehi dari Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK), tetapi proses hitungan dilakukan dengan bantuan perisian StarNetTM yang mampu melakukan pelarasan jaringan dua dan tiga dimensi.

  • Mohammad Nizam  Abdullah.Sarjana  Ukur Tanah ,Universiti  Teknologi Malaysia.
  • Copyright  by topography explorer