SEMPADAN LAUT MARITIM

UKURAN SEMPADAN MARITIM

  1. Definisi Sempadan Maritim

Ukuran titik pangkal mengikut peruntukan konvensyen laut antarabangsa 1958 iaitu

Laut Wilayah , Pelantar Benua dan Zon Ekonomi Eksklusif yang digunakan sebagai

garis asas mengukur keluasan kawasan maritim bagi sesebuah negara berpantai

ia juga digunakan bagi penentuan sempadan kawasan maritim diantara negara

berpantai yang berjiran. Pada 25 April 1980 Malaysia telah mengisytiharkan

kawasan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE ) pada kelebaran 200 batu nautika dari

garis – garis pangkalnya .

Kaedah Penentuan Sempadan Maritim

i.Pemanjangan kepada sempadan daratan

ii.Garisan sama jarak

iii.Garisan bersudutepat dengan pinggir pantai

  1. Bersudutepat dengan arah am pinggir pantai

Jenis Garisan Pangkal Sempadan Maritim

i.Garis Pangkal Biasa

garis pangkal biasa bermula dari tikas air surut disepanjang pantai .

ii.Garis Pangkal Achipelagic

garis pangkal biasa bermula dari 12 batu nautika dari tepi pantai.

iii. Garis Pangkal Lurus

garis pangkal biasa bermula dari 2 batu nautika dari tepi pantai.

Sempadan Laut Wilayah dari garis pangkal Malaysia adalah 12 batu nautika.

Sempadan Zon Ekonomi Eksklusif ( ZEE) yang ditunjukkan diatas peta baru

Malaysia 1979 adalah sempadan Pelantar Benua Malaysia .

  1. Peralatan yang digunakan
  • Alat Total Station
  • Tripod
  • Prizam Alat
  • Prizam Pol
  • Alat GPS
  • Antenna GPS
  • Kabel – kabel
  • Bateri GPS dan Bateri Alat Total Station
  • Buku Kerjaluar dan Buku Tekimeter
  1. Penandaan dan Penggunaan jenis tanda sempadan
  • 3 monumen Tanda Rujukan Titik Pangkal ( TRTP )
  • 1 monumen Stesen Rujukan Titik Pangkal (SRTP )
  1. Kaedah Kerja Di Lapangan
  • Ukuran trabas kawalan dan cerapan matahari bagi Stesen Rujukan Titik

Pangkal dan Tanda Rujukan Titik Pangkal yang saling nampak mengadap

Kearah titik pangkal.

  • Ukuran tekimeter bagi Stesen Rujukan Titik Pangkal dan Tanda Rujukan Titik Pangkal bagi pengambilan butiran / offset .
  • Ukuran tekimeter bagi bagi pengambilan butiran / offset di persisiran pantai sejauh 500 m ke kiri pantai dan 500m ke kanan pantai dari stesen SRTP.
  • Ukuran GPS di stesen SRTP bagi mendapatkan nilai kordinat untuk membuat

pelarasan bering dan hitungan kordinat titik pangkal.

  • Kerja – Kerja hitungan di lakukan trabas kawalan dan cerapan matahari

bagi mendapat bering dan jarak muktamat serta koordinat .

  • Kerja – Kerja hitungan di lakukan bagi tekimeter untuk mendapat kontor kawasan sekitar titik pangkal dan kerja pelotan.

Dalam konteks kertas ini, marin kadaster boleh di definisikan sebagai
satu kaedah untuk pemberimilikan tanah di lautan. Oleh yang demikian,
marin kadaster itu hendaklah dikaitkan dengan perundangan yang wujud
berkaitan kadaster sesuatu negara dan juga peraturan yang menentukan
sempadan hak-hak berkenaan.
Keseluruhan keluasan dunia adalah diliputi oleh air, dua pertiga
daripada keluasan dunia adalah air. Malaysia merupakan sebuah negara
yang dikelilingi oleh air meliputi keseluruhan negeri di Malaysia kecuali
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia
dikelilingi oleh Selat Melaka, Selat Tebrau, Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Jarak persisiran pantai Malaysia ialah sejauh 4,492 km yang mana ianya
terbahagi kepada dua iaitu 1,737km bagi Semenanjung Malaysia manakala
Sabah dan Sarawak 2,755km. Malaysia sebagai sebuah negara yang
dikelilingi oleh laut, adalah amat penting untuk melihat dengan lebih jelas
dan komprehensif akan keperluan perundangan dan peraturan untuk
mewujudkan marin kadaster. Ianya menjadi lebih penting terutama bagi
negara-negara yang mempunyai keluasan yang kecil dan negara-negara
maju akibat kegunaan tanah daratan yang begitu pesat membangun.

Di Malaysia, di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 salah satu
daripada 5 definisi tanah ditakrifkan sebagai tanah ialah tanah yang diliputi
air, definisi ini kurang jelas samaada KTN 1965 ini boleh digunapakai bagi
pemberimilikan tanah di lautan atau ianya cuma tanah diliputi air yang
berada di daratan. Sehingga kini juga tidak terdapat satu pun pangkalan
data yang khusus menyatakan maklumat berkaitan dengan pengurusan
tanah di kawasan marin. Permasalahan ini semakin menjadi konflik kerana
terdapat pelbagai Jabatan dan agensi yang terlibat di kawasan laut, seperti
Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Laut, Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia, Polis Marin, Lembaga Pelabuhan, Pusat
Hidrografi Nasional dan sebagainya.

Sebagai contoh, di negeri Selangor khususnya dengan pembangunan
yang kian pesat membangun pelbagai aktiviti marin rancak dijalankan.
Aktiviti marin di negeri Selangor tertumpu kepada beberapa sektor seperti
perikanan dan penternakan, perhotelan, perkapalan dan utiliti. Namun
demikian, sehingga kini tiada undang-undang khusus maupun enakmen dan

peraturan yang melibatkan marin kadaster dilaksanakan. Terdapat
beberapa isu yang menjadi kekangan di dalam melaksanakan marin
kadaster terutamanya di negeri Selangor.

Salah satu isu utama di dalam penentuan sempadan ialah sempadan
laut wilayah (territorial waters/sea), dimana ianya belum lagi ditentukan
dan diwartakan oleh kerajaan serta penentuan di mana kedudukan sebenar
sempadan 3 batu nautika bagi negeri-negeri yang mempunyai laut. Ini
kerana tanpa kedudukan sebenar sempadan laut wilayah yang jelas, ianya
akan menyukarkan perlaksanaan marin kadaster secara komprehensif.
Sebagai contoh, akibat daripada ketidaktentuan sempadan ini, didapati
kemungkinan telah berlakuya pencerobohan sempadan maritim terutama
jeti bagi stesen janakuasa di Negeri Sembilan yang dipercayai telah
memasuki Negeri Selangor. Sekiranya ianya benar telah memasuki
sempadan maritim negeri Selangor, adalah satu kerugian bagi negeri
Selangor kerana tidak dapat mengutip hasil cukai tanah. Terdapat banyak
contoh-contoh lain di seluruh Malaysia yang tidak dinyatakan di dalam
kertas ini.


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s