SEMPADAN MARITIM / LAUT WILAYAH

UKURAN SEMPADAN MARITIM

  1. Definisi Sempadan Maritim

Ukuran titik pangkal mengikut peruntukan konvensyen laut antarabangsa 1958 iaitu Laut Wilayah , Pelantar Benua dan Zon Ekonomi Eksklusif yang digunakan sebagai garis asas mengukur keluasan kawasan maritim bagi sesebuah negara berpantai ia juga digunakan bagi penentuan sempadan kawasan maritim diantara negara berpantai yang berjiran. Pada 25 April 1980 Malaysia telah mengisytiharkan kawasan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE ) pada kelebaran 200 batu nautika dari garis – garis pangkalnya .

Kaedah Penentuan Sempadan Maritim

i.Pemanjangan kepada sempadan daratan

ii.Garisan sama jarak

iii.Garisan bersudutepat dengan pinggir pantai

  1. Bersudutepat dengan arah am pinggir pantai

Jenis Garisan Pangkal Sempadan Maritim

i.Garis Pangkal Biasa

garis pangkal biasa bermula dari tikas air surut disepanjang pantai .

ii.Garis Pangkal Achipelagic

garis pangkal biasa bermula dari 12 batu nautika dari tepi pantai.

iii. Garis Pangkal Lurus

garis pangkal biasa bermula dari 2 batu nautika dari tepi pantai.

Sempadan Laut Wilayah dari garis pangkal Malaysia adalah 12 batu nautika.

Sempadan Zon Ekonomi Eksklusif ( ZEE) yang ditunjukkan diatas peta baru

Malaysia 1979 adalah sempadan Pelantar Benua Malaysia .

  1. Peralatan yang digunakan
  • Alat Total Station
  • Tripod
  • Prizam Alat
  • Prizam Pol
  • Alat GPS
  • Antenna GPS
  • Kabel – kabel
  • Bateri GPS dan Bateri Alat Total Station
  • Buku Kerjaluar dan Buku Tekimeter
  1. Penandaan dan Penggunaan jenis tanda sempadan
  • 3 monumen Tanda Rujukan Titik Pangkal ( TRTP )
  • 1 monumen Stesen Rujukan Titik Pangkal (SRTP )

dari  .hazis.wordpress.co


 AKTA PETROLIUM DAN PELANTAR  BENUA

Akta Perlombongan Petrolium 1966 (Akta 83)
Akta ini memberikan kuasa Persekutuan meneroka, mencarigali dan melombong petrolium.

Seksyen 3 (1) Tiada Orang boleh menjelajah, mencari gali atau melombong, atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan untuk meneroka, mencari gali atau melombong, petrolium mana-mana tanah kecuali menurut kuasa suatu lesen pengeksplorasian atau perjanjian petrolium

Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 95)
Akta ini memberi hak kepada Persekutuan menetapkan Pelantar benua yang menjadi miliknya, hak penerokaan dan hak pengekploitasian sumber alam di dalamnya. Namun akta ini tidak menyebut secara spesifik berapa had sempadan pelantar benua tersebut melainkan hanya menyebut di luar had wilayah laut negeri.

Tafsiran
“pelantar benua” ertinya dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri, yang permukaanya terletak sedalam tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau jika kedalaman air di luar sempadan itu membolehkan pengeksploitasian sumber alam di kawasan tersebut, terletak lebih dalam lagi;

Hak berkenaan pelantar benua
Seksyen 3 – Segala hak berkenaan dengan penjelajahan pelantar benua dan pengeksploitasian sumber alamnya dengan ini terletak hak pada Malaysia dan bolehlah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan.
Perlombongan di dalam pelantar benua
Seksyen 4 (1) – Tiada seorang pun boleh menjelajah, mencari gali atau menggerek atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan petroleum di dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua kecuali di bawah dan mengikut Akta Perlombongan Petroleum 1966 (Akta 95)

ULASAN
Kedua-dua akta ini diwujudkan bagi memberi kuasa kepada Persekutuan melombong petrolium dan menetapkan kawasan pelantar benua milik persekutuan. Bagaimanapun masih terdapat limitasi terhadap kedua-dua undang-undang ini;

Pertama, Akta Pelantar Benua tidak boleh dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak kerana telah terdapat undang-undang pelantar benua yang menentukan had wilayah negeri masing-masing iaitu Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954 [North Borneo (Alteration of Bounderis) Order in Counsil 1954]. Begitu juga Akta Perlombongan Petrolium tidak boleh dikuatkuasakan berdasarkan Ordinan Tanah kedua-dua negeri ini.(Cth; Ordinan Tanah Sabah bab 68 bagi Sabah). Ini adalah berdasarkan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara tanah yang termasuk sumber petroleum datang dalam kuasa Senarai Negeri dalam Jadual 9. Permit dan lesen untuk mencari gali untuk lombong, pajakan perlombongan dan sijil juga datang dalam lingkungan Senarai Negeri dalam Jadual 9.

Keduanya, bagi tujuan Pelantar Benua negeri-negeri di Semenanjung seperti Kelantan dan Terangganu, Akta Pelantar benua hanya dapat menentukan milik wilayah laut persekutuan DI LUAR dari sempadan wilayah laut negeri. Hal ini adalah berdasarkan kedudukan wilayah laut negeri adalah ditentukan mengikut kaedah Kanun Tanah Negara yang diletakkan di bawah bidangkuasa negeri.

Kerana itu diwujudkan Kuasa-kuasa perlu no 7 dalam Ordinan Darurat yang diwujudkan pada tahun 1969.

Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) no 7 1969

Ordinan ini menyelesaian masalah Akta Pelantar Benua 1966 dengan memberi kuasa Persekutuan mengehadkan Pelantar Benua negeri kepada3 batu Nautika sahaja. Secara automatiknya menjadikan kawasan wilayah laut luar 3 batu nautika adalah milik persekutuan. Undang-undang ini juga membatalkan hak pelantar benua Sabah dan Sarawak berdasarkan Undang-undang Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954 [North Borneo (Alteration of Bounderis) Order in Counsil 1954], di samping hak negeri dalam undang-undang berkaitan tanah.

Seksyen 4 (2) Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), Akta Perlombongan Petroleum 1966 (Akta 95), Kanun Tanah Negara (Akta 56/65) dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai bahagian laut itu yang berdampingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi 3 batu nautika diukur dari garis air surut.

Berdasarkan kuasa-kuasa darurat yang diperuntukkan dalam Persekutuan, Undang-undang ini adalah boleh dipaksakan kepada negeri dan terpakai mengikut Artikel 150 Perlembagaan;
150 (5) “Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disenaraikan dalam Senarai Negeri (selain apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat orang Melayu), melanjutkan tempoh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri, menggantung mana-mana pilihan raya, dan membuat apa-apa peruntukan yang berbangkit atau bersampingan dengan mana-mana peruntukan yang dibuat menurut Fasal ini.”.

Bagaimanapun Ordinan ini batalkan apabila proklamasi Darurat telah ditarik semula oleh Perdana Menteri dengan pemansuhan ISA dan telah diwartakan di Parlimen pada 24 Nov 2011.

Akta Pembangunan Petrolium 1974
Akta ini bertujuan mewujudkan satu perbadanan yang dinamakan sebagai Petrolium Nasional Berhad atau PETRONAS yang diberikan kuasa untuk aktiviti-aktiviti berkaitan Petrolium iaitu pengeksplorasian dan pengeksplotasian petroleum dengan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksekutif terhadap petrolium, mengawal pernjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya.

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksplotasian petroleum sama ada di pantai (terma dalam naskah Bahasa Inggeris – “onshore”) atau di luar pantai (terma dalam naskah Bahasa Inggeris – “offshore”) oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal pernjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya.

Perbadanan
3 (1) – Walau apapun peruntukan seksyen 22 Akta Syarikat 1965, yang berhubungan dengan nama syarikat, Perbadanan itu hendaklah dinamakan Petroleum Nasional Berhad atau ringkasnya PETRONAS.

Perjanjian Antara PETRONAS Dengan Negeri-negeri
Perjanjian minyak menyerahkan wilayah laut negeri kepada petronas. Ia juga menyatakan pembayaran tunai 5% sekiranya minyak ditemui di negeri-negeri tersebut dan kawasannya. Dalam konteks perjanjian dengan negeri-negeri ini  bersetuju dengan hujah Persekutuan bahawa perjanjian ini hanya bagi tujuan kawasan 3 batu nautika

Perjanjian PETRONAS dengan Kerajaan Kelantan pada 9 Mei 1975,
1 (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di KELANTAN dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukan dalam Fasal 2.”

Perjanjian PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Sabah pada 14 Jun 1976,
1 (1) “PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang di dapati dan diperolehi dari kawasan di SABAH dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukan dalam Fasal 2.”

Namun dalam konteks perjanjian dengan negeri-negeri ini bersetuju dengan hujah Persekutuan bahawa perjanjian ini hanyalah bagi tujuan kawasan 3 batu nautika. Walaupun tidak dinyatakan di dalam Perjanjian tersebut dan juga di dalam Akta Pembangunan Petrolium 1974, namun had wilayah negeri telah dikecilkan kepada 3 Batu Nautika berdasarkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No 7 1969 tersebut yang selebihnya telah diambil oleh Persekutuan. Maka perjanjian ini tidak lain hanya untuk kawasan dalam lingkungan 3 batu nautika!

Akta Wilayah Laut 2012
Akta ini bertujuan memenuhi keperluan United Nation Law of the Sea (UNCLOS) untuk menetapkan persempadanan antarabangsa.

“DAN BAHAWASANYA Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut telah dibuat dibuat di Montego Bay pada 10 Disember 1982.”

“DAN BAHAWASANYA Malaysia telah mendepositkan surat cara ratifikasinya pada 14 Oktober 1996 dan oleh yang demikian mengikut perkara 308 Konvensyen, Konvensyen tersebut mula berkuat kuasa setakat yang berkenaan dengan Malaysia pada 14 November 1996.”

Namun secara tidak langsung ia sebenarnya menggantikan Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu) no 7 1969 yang telah dihapuskan pada 24 November 2011.

3 (3) – Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), Akta Perlombongan Petroleum 1966 (Akta 95), Kanun Tanah Negara (Akta 56/65) dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai bahagian laut itu yang berdampingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi 3 batu nautika diukur dari garis air surut.

Seksyen 3(3) Akta Wilayah Laut ini hanya merupakan jelmaan dari seksyen 4(2) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) no 1969.

Ini kerana berdasarkan Artikel 150(7) undang-undang darurat, yang berjumlah dalam ratusan, akan habis tempoh dalam masa enam bulan sebaik sahaja Perisytiharan-Perisytiharan Darurat dibatalkan.

150(7) Apabila tamat tempoh 6 bulan mulai dari tarikh yang sesuatu Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut Proklamasi itu dan, setakat yang ia tidak dapat dibuat dengan sahnya untuk artikel ini, mana-mana undang-undang yang dibuat semasa Proklamasi itu berkuatkuasa, hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali tentang perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.

Hal ini adalah selari dengan apa yg telah disebut oleh pakar undang-undang Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi yang menyebut;
“Orang ramai tidak melihatnya, mereka fikir pemansuhan ISA adalah sesuatu yang paling penting namun, pemansuhan Perisytiharan-peristiharan Darurat yang mempunyai impak terbesar di negara ini.”
Beliau juga bersetuju semua undang-undang tersebut akan hapus 6 bulan dari tarikh peristihyaran darurat dibatalkan berdasarkan Artikel 150(7) Perlembagaan.

Persoalan yang timbul di sini, adakah undang-undang ini sah melalui proses perundangan biasa tanpa kuasa Darurat?

Sudah tentu Akta ini secara sengaja telah digunakan merampas kembali pelantar benua/ wilayah laut negeri-negeri dengan menghadkannya semula kepada hanya 3 batu nautika. Ia adalah bertentangan dengan undang-undang negeri bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan;
1) Ordinan Tanah Sabah dan Ordinan Tanah Sarawak
2) North Borneo (Alteration of Boundries) Order in Council 1954 dan 1958 bagi tujuan Pelantar Benua kedua-dua Negeri ini.
Negeri-negeri di semenanjung seperti Kelantan dan Terangganu ia adalah bertentangan dengan hak negeri yang termaktub di dalam
1)  Kanun Tanah Negara yang meletakkan hak tanah di bawah negeri

Akta 750 bertentangan dengan juga Perlembagaan itu sendiri berdasarkan Artikel 2 yag menyebut mengubah sempadan sesuatu negeri perlu melalui sidang Dun dan Majlis Raja-raja.

Artikel(2) mengubah sempadan mana-mana Negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja”

Akta 750 juga bertentangan dengan Artikel 76 Perlembagaan;
“Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri atau lebih;atau
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.”

Mana-mana Kerajaan negeri boleh mengusulkan di dalam DUN untuk menolak akta ini dan boleh mengheret Kerajaan Persekutuan ke Mahkamah berdasarkan Artikel 4(3) dan 4(4) Perlembagaan.

oleh: Lahirul Latigu 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s