PERKEMBANGAN TEKNOLOGI UAV @ DRONE DAN PROSEDUR PENERBANGAN

Foto Hazal Din.

Paserta,penyelaras  dan pensyarah Kursus  Teknologi UAV ( Pemetaan) Advance

Foto Hazal Din.


Foto Hazal Din.

Foto Hazal Din.

IMG_20180905_094419

IMG_20180905_094158

Khas kepada Pilot2 Drone.

Di Malaysia, Department of Civil Aviation Malaysia (DCA) adalah agensi yang bertanggungjawab menyediakan regulasi yang selamat dalam aktiviti penerbangan.

Penerbangan dron telah termaktub di bawah Civil Aviation Regulation 2016 (CAR 2016) atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 di bawah Kaedah 140 hingga 144. Bagi pengendali dron yang melanggar undang-undang ini, tindakan boleh dikenakan hukuman di bawah Peraturan 206(3)(a) atau 206(3)(b) CAR 2016 iaitu individu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat, syarikat boleh didenda tidak lebih RM100,000. Bagi dron yang digunakan untuk mengambil gambar atau merakam video, ianya terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 di bawah Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 iaitu Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat. Pengendali dron yang ingin menjalankan kerja mengambil gambar atau video dan kerja ukur perlulah memohon permit bagi menjalankan aktiviti.

Sekiranya pengendali dron melakukan kesalahan dengan mengambil gambar di kawasan larangan dan sensitif tanpa permit, pengendali boleh disabitkan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 di bawah Seksyen 4 iaitu Larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu kawasan larangan yang membolehkan hukuman iaitu dipenjara tidak kurang Satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun.
Manakala sekiranya pengguna dron menerbangkan dron di kawasan sensitif yang digazetkan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 7 iaitu larangan membawa perkakasan fotografi yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebih Satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

1. Dron yang melebihi berat 20 kilogram perlu memohon kebenaran terbang daripada pihak DCA.

2. Dron tidak dibenarkan terbang di kawasan Aerodome lapangan terbang, kawasan berkepentingan seperti Putrajaya, Bangunan Parlimen, Istana Negara, Balai Polis, Penjara dan Kem Tentera.

3. Tidak terbang melebihi ketinggian 400 kaki.

4. Memastikan dron terbang secara line-of-sight bagi mengelak pelanggaran.

5. Tidak terbang berhampiran perhimpunan yang melebihi 1000 orang.

6. Berlepas/ mendarat tidak kurang dari 30 meter daripada seseorang.

7. Memastikan keadaan pesawat dron berapa dalam keadaan selamat seperti dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dron.

Sumber: Website Department of Civil Aviation Malaysia.


JUPEM Website FAQ Drone/UAV

Drone/UAV terbahagi kepada berapa jenis? Tiga (3) jenis iaitu:
1. Drone lebih 20kg
2. Drone kurang 20kg untuk komersil
3. Drone kurang 20kg untuk hobi

Apakah peraturan untuk menerbangkan drone/UAV melebihi 20kg?
1. Memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
2. Perlu berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) (frekuensi radio dan sensor)
3. Perlu permit dari Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) jika ada sensor digunakan untuk kutipan data/penggambaran udara. (Sila rujuk soalan dan jawapan nombor 5)

Apakah peraturan untuk menerbangkan drone/UAV kurang 20kg untuk komersil?
1. Tidak memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
2. Perlu berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
3. Perlu permit dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) jika ada sensor digunakan untuk kutipan data/penggambaran udara.
4. Perlu maklum kepada DCA untuk mendapatkan NOTAM sebelum setiap penerbangan.

Apakah peraturan untuk menerbangkan drone/UAV kurang 20kg untuk hobi?
1. Tidak memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
2. Tidak perlu permit dari JUPEM.
3. Perlu daftar DCA bagi tujuan keselamatan.
4. Kawasan penerbangan terhad sahaja. Tidak boleh terbang di kawasan umum atau orang ramai serta kawasan larangan.
5. Saling nampak antara pengendali dan drone.
6. Penerbangan tidak boleh melebihi 400 kaki di atas permukaan bumi.

Apakah prosedur permohonan permit penggambaran udara menggunakan UAV/Drone?
1. Mengisi Borang PPN 130 – pindaan 1/2002 yang boleh dimuat turun melalui Portal JUPEM (http://www.jupem.gov.my/…/wp-co…/uploads/2016/06/Borang6.pdf)
2. Salinan kad pengenalan/pasport pemohon (biasanya pemilik tempat lokasi penggambaran)
3. Salinan kad pengenalan/pasport komander UAV/pengendali (jika boleh warganegara Malaysia)
4. Salinan surat pelantikan (LOA) kerja dari pemilik tempat jika gambar yang dilakukan oleh pengendali UAV.
5. Salinan passport sekiranya pengendali UAV bukan warganegara Malaysia. (perlu memohon untuk kemasukan visa professional)
6. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan/Pertubuhan.
7. Semua permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan 2 minggu sebelum tarikh perancangan penerbangan.
8. Semua gambar mentah dan gambar mutakhir hendaklah diserahkan kepada JUPEM.
9. Semua dokumen perlu disediakan dalam 3 salinan untuk dimajukan ke JUPEM.
10. Permit penggambaran udara berdasarkan bilangan hari penerbangan tertakluk kepada yuran RM50/hari penerbangan. Bayaran boleh dibuat semasa menghantar dokumen kepada JUPEM.
11. Pengendali UAV mesti berdaftar dan memohon ke Sektor Pengurusan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia untuk mendapatkan NOTAM (Notice to Airmen) sebelum setiap penerbangan. (Terutamanya penerbangan tujuan pemetaan kerana ianya diterbangkan secara otomatik dan melebihi 400 kaki di atas permukaan bumi).
Semua dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke:

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Bahagian Geospatial Pertahanan
Tingkat 2, Bangunan Ukur
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 KUALA LUMPUR
(u.p.:Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan)

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh terus menghubungi Lt Kol Md Jamil Supar melalui e-mel: jamil.supar.jupem@1govuc.gov.my atau talian di 03-26170919.
————————————————————————————————————

 

 

123456789101112141516171819202122232426IMG_20180711_100912IMG_20180905_094419IMG_20180905_094158IMG_20180905_093324

created by dji camera

created by dji camera

1.MISI PENERBANGAN UAV Drone_
2.DCA
Drone_DCA
3.litchi
9. Perkhidmatan UAV dalam Aktiviti Pemetaan oleh Juruukur Tanah Berlesen (PEJUTA)Drone_DCAMISI PENERBANGAN UAVIMG_20180905_083754IMG_20180905_094158IMG_20180904_095018

Arahan Kerja Luar UAV_answer