SEBAB ANWAR IBRAHIM DIPECAT..VERSI ANWAR DAN MAHATHIR.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888

SEBAB ANWAR IBRAHIM DIPECAT DARI TPM /VERSI ANWAR IBRAHIM

888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Menilai Kembali Barisan Nasional
Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 bertemakan, “Berwawasan,Adil dan Efisien,”. BN berjaya memenangi 162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri.Dalam pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan. Beliaulah MenteriKewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi

Barisan Nasional.Anwar Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN itu. Pilihanraya 1995 itumerupakan pilihanraya umum yang pertama sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.Harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal PerdanaMenteri.Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BNTetapi Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang memerintah itu. Pada 2September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar disingkirkan darijawatan dan kini merengkok dalam penjara. Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka
semata-mata.Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucukpimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri. Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang

rapat dengan Perdana Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.Anwar Lancarkan Perang Lawan RasuahAnwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah danpenyelewengan itu. Ketika beliau memangkujawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara,Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997. Inilah kesalahanbesar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat denganPerdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah
1997 itu.Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannyake mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri
itu dulu. Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuahitu.
Menteri-Menteri Rasuah CemasAkta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyangmembuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidakada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan. Jika hendakdidakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbangjika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan AktaPencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.Konspirasi Peringkat Tertinggi BermulaLalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadiseperti diketahui umum. Surat-surat layang bermula. Buku 50Dalil dikarang dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil, Ummi Hafilda, AzizanAbu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wangdan kontrak bertukar tangan.Kes Buku 50 Dalil Masih TidakDibicarakanYang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masihtidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah diputuskanoleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai memfitnah Anwar.Anwar telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya. Injunksi telah diberikan olehmahkamah. Buku itu bersifat fitnah dan dilarang disebarkan. Pejabat Peguam Negara kemudian membuatpertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri yang menulis buku itu. Tetapi perbicaraan ke atas Khalid Jeffri
masih tidak diadakan. Hakim mahkamah yang memberi injunksi kepada Anwar Ibrahimdipindahkan ke Johor Bahru. Mengapa ini semua berlaku? Tidak ada konspirasi?Orang Yang Difitnah YangDipenjarakan
Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang difitnah di dalam buku 50 Dalil itu yang dulu masuk penjara. Kenapatidak perbicaraan buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? Tidakkah Anwar lebih dahulu membawasaman malu
ke atas buku itu? Waktu itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri?
Sudah dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh diedarkan pada umum, kenapa
Ibu Pejabat UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam beg-beg perwakilan Umno dalam
Perhimpunan Agung Umno Tahun 1998. Secara kebetulan? Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar
dalam Umno?
Persubahatan Terjahat Bermula
Inilah bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah disebarkan dari Ibu Pejabat
UMNO sendiri. Konspirasi pun bermula. Ada orang bernama Ummi Hafilda yang tersepit kewangan kerana
banyak berhutang sanggup menulis surat kepada PM dan terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Anwar.
Dia menafikan mempunyai masalah kewangan dalam perbicaraan Anwar. Tetapi Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu mengisytiharkan ummi Hafilda muflis kerana tidak
membayar bil RM300,000 untuk iklan demi memenuhi kontrak Megat Junid. Muflis ertinya
bangkerap. Balasan berlaku di depan mata.
Pemandu Tiba-Tiba Menjadi Pengarah
Syarikat
Ada pemandu kereta, yang pendidikan formalnya tidak seberapa, merebut tawaran menjadi
pengarah syarikat. Dengan tiba-tiba, dia hidup mewah, punya syarikat dan pakai kereta mahal.
Mengapa? Kerana manusia bernama Azizan Abu Bakar ini sedia untuk bersubahat membuat kerja jahat
memfitnah Anwar kononnya meliwat. Sekarang, Azizan Abu Bakar sendiri terpenjara tiga bulan kerana
berkhalwat dan percubaan untuk melakukan persetubuhan haram. Tilamnya pula yang diusung
ke Mahkamah Syariah Alor Gajah, Melaka. Satu lagi pembalasan berlaku di hadapan mata.
Anwar Salahguna Kuasa?
Kesalahan Anwar bukan kerana kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.
Juga bukan kesalahan salah guna kuasa ke atas Polis dalam perbicaraannya yang terdahulu sehingga
beliau dipenjara 6 tahun. Bagaimana Anwar hendak menyalahgunakan kuasa Polis sedang Polis tidak
terletak di bawah bidang kuasanya. Polis terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Waktu itu, Menteri Dalam
Negeri ialah Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana
Menteri. Dia tidak ada kuasa ke atas Polis. Demikian hujah utama para peguam Anwar Ibrahim. Tetapi
Hakim Datuk Augustine Paul tetap menjatuhkan hukum mengikut skrip yang telah disiapkan. Benar salah,
tidak dihiraukan kerana hukumannya telah ada, iaitu Anwar mesti dipenjarakan. Anwar mesti
disimpan dalam penjara. Demikian kehendak orang nombor satu. Apabila Mahathir dipanggil ke
Mahkamah sebagai saksi, Hakim Augustine Paul tidak membenarkan. Kenapa?
Memerangi Rasuah Menerima Padah
Isu utama sehingga Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjara adalah kerana dia memerangi
perbuatan rasuah dan penyelewengan di dalam kerajaan BN. Bagaimana dia tahu rasuah dan
penyelewengan itu berlaku?
Pertama, Anwar sudah 16 tahun duduk dalam Kabinet. Bermula dengan jawatan rendah Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri selepas beliau memenangi Pilihanraya Umum tahun 1982. Kemudian, beliau
memegang pelbagai jawatan menteri. Dari Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan, Anwar kemudian
memegang jawatan Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan akhirnya Menteri Kewangan. Beliau
kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri buat
beberapa ketika. Ertinya Anwar pernah berada di koridor kuasa begitu lama dan pernah duduk di tampuk
kekuasaan itu untuk beberapa ketika.
Mana Bukti Anwar Rasuah Wang?
Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan
dakwa Anwar. 16 tahun dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai.
Bangkai berbau. Rasuah juga berbau.
Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah? Orang yang duduk di rumah kaca tidak
berani membaling batu ke rumah jirannya. Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka
sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad melawan rasuah. Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya
kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak ada air yang terpercik ke mukanya.
Salahkah Mempertahankan Marwah Diri?
Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas Anwar sehingga 6 tahun terpenjara adalah kerana dakwaan
kononnya beliau menyalahgunakan kuasa polis untuk menukar pengakuan Azizan Abu Bakar dan Ummi
Hafilda. Peguambela Anwar, Raja Aziz Addruse berkata di mahkamah, apa salahnya seseorang yang tidak
berbuat salah melakukan usaha untuk menjaga nama baiknya dan membersihkan dirinya yang tidak
bersalah itu dari difitnah dan dicemar? Semua orang yang benar akan mempertahankan marwah dirinya
apabila nama dan maruahnya diperhina dan dimalukan. Demikian kata peguam terkenal itu. Malah,
Mahkamah Tinggi itu diberitahu bahawa Anwar tidak pernah mengarah-arah pihak Polis bagaimana untuk
melakukan kerjanya. Anwar sekadar membuat laporan polis akan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya.
Kenapa Mahathir Dan Konco-Konconya Marah
Mana wang yang Anwar telah kebas dan selewengkan jika beliau melakukan rasuah selama menjadi
menteri dan orang nombor dua dalam kerajaan? Tidak ada. Tetapi Anwar mempunyai rekod yang banyak
tentang kes rasuah dan penyelewengan menteri-menteri dalam kerajaan. Ini yang menjadikan orang-orang
UMNO dan BN, terutama Mahathir dan konco-konconya, begitu marah kepada Anwar. Anwar dituduh cuba
membuka pekung di dada mereka.
Cara Anwar Mendapat Maklumat Tentang Penyelewengan
Bagaimana Anwar boleh mendapat akses akan segala dokumen dan laporan salahlaku rasuah dan
penyelwengan itu. Ada dua saluran sebenarnya. Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Kabinet tentang Penyelewengan di dalam kerajaan.
Kedua Anwar juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO (Baru). Apakah fungsi Pengerusi
Jawatankuasa Kabinet menentang penyelewengan di dalam kerajaan? Salah satu ialah Anwar menerima
segala macam aduan, komplen, laporan tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan pegawai-pegawai
kerajaan dari yang kecil hingga setinggi-tingginya, termasuklah menteri-menteri dan Perdana Menteri
sendiri.
Tembelang Rasuah Menteri-Menteri BN Terdedah
Sebab itulah Anwar tahu sangat akan rasuah yang dilakukan oleh Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim
Thamby Chik, Eric Chia, dan Mahathir sendiri. Anwar juga tahu rasuah yang didakwa berlaku ke atas Ketua
Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua EPU waktu itu, Tan Sri Ali Abul Hassan,
yang kini jadi Gabenor Bank Negara. Anwar juga dapat aduan akan tuduhan rasuah Peguam Negara
sekarang, Tan Sri Mohtar Abdullah. Anwar juga mendapat maklumat rasuah Samy Vellu dan Ling Liong
Sik. Malah, rasuah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan penyelewengan PM berhubung perniagaan
anak-anaknya semua berada dalam pengetahuan Anwar Ibrahim. Termasuk aduan rasmi kepada BPR akan
tiga orang anak PM yang memiliki lebih 200 buah syarikat.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Umno
Tidak itu sahaja. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Anwar Ibrahim juga menerima
bermacam-macam laporan dan aduan tentang perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin Umno dari ahli-ahli
Umno sendiri. Seperti diketahui umum, perebutan kuasa dan jawatan dalam Umno sangat sengit.
Masing-masing semuanya ada kes rasuah dan penyelewengan, yang selama ini orang di luar Umno
hanya dapat mengagak secara rambang sahaja. Tetapi dalam proses perebutan jawatan Umno yang sengit
di peringkat Cawangan, Bahagian apatah lagi Majlis Tertinggi, maka bertaburlah bukan sahaja surat-surat
layang, tetapi laporan-laporan sah dan benar akan kes-kes rasuah yang dilakukan oleh orang-orang Umno,
terutama yang memegang jawatan kerajaan.
Wabak Rasuah Yang Menjolok Mata
Dengan sumber-sumber maklumat dari pelbagai aduan serta laporan, maka begitu jelas rasuah sudah
keterlaluan dalam kerajaan BN. Perbuatan rasuah itu telah melibatkan wang negara dan rakyat bernilai
beribu-ribu juta ringgit. Anwar akhirnya merasakan gejala itu tidak boleh dibiarkan berterusan. Maka Anwar
pun bertindak. Apabila Mahathir tidak ada dalam negeri kerana bercuti, Anwar mengambil
kesempatan membentangkan Akta Pindaan Pencegahan Rasuah 1997. Adakah tindakan Anwar itu
salah? Adakah Anwar merugikan negara? Adakah Anwar menjadi agen asing kerana membentangkan
pindaan Akta Pencegahan Rasuah itu? Adakah Anwar mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana
berbuat demikian?
Sanggup Terima Risiko
Adakah Anwar tidak sedar bahawa Mahathir akan marah kerana dia membawa pindaan itu ke Parlimen
ketika Mahathir tidak ada dalam negeri? Anwar sedar. Kalau Anwar jenis penakut menurut perintah macam
Abdullah Ahmad Badawi, maka Anwar tentu tidak akan berani buat demikian. Tetapi Anwar berani
mengambil risiko. Yang utama baginya ialah perbuatan jahat mesti dihapuskan. Negara dan rakyat mesti
diutamakan.
Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997
Bolehkah menghapuskan rasuah sekadar menghantar memorandum dan membuat usul-susul dalam
seminar sahaja? Bolehkah membanteras rasuah sekadar menjerit-jerit sahaja? Hantar memorandum dan
menjerit itu pun penting. Tetapi membuat perubahan radikal dalam undang-undang adalah saluran yang
tepat. Inilah yang Anwar telah lakukan.
Rasuah tidak boleh ditentang sekadar dengan pujuk rayu dan ugut-ugut sahaja? Tidak boleh. Oleh kerana
negara berjalan atas dasar hukum dan undang-undang, jadi undang-undang rasuah itu mesti diperkuatkan,
diperluaskan bidang kuasanya dan dijadikan senjata yang berkesan untuk memerangi gejala yang
merosakkan itu. Inilah yang Anwar telah lakukan. Untuk itu, beliau dipecat, diseksa, dituduh dan kini
dipenjarakan.
Bijak Mengambil Kesempatan
Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu dibentangkan oleh Anwar di Parlimen dan diluluskan,
rakyat semakin yakin akan komitmen Anwar. Ini satu kejayaan politik Anwar. Memang Anwar pandai
mengambil kesempatan ketika Mahathir tiada dalam negeri. Dia orang politik yang bertanggungjawab.
Pandai mencari kesempatan terbaik untuk bertindak. Dia bukan pengikut membuta tuli. Tetapi kesempatan
yang dia ambil itu untuk keburukan atau kebaikan negara?
Kes Skandal Perwaja Ke Parlimen
Tetapi tidak itu sahaja. Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu diluluskan, kemudian sekali lagi
ketika Mahathir tiada dalam negeri, Anwar bertindak lagi. Kali ini, dia membentangkan laporang perbuatan
rasuah dan penyelewengan dalam syarikat besi waja Perwaja milik kerajaan. Tan Sri Eric Chia, yang
menjadi kawan rapat Mahathir, yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Perwaja, telah melakukan
rasuah dan penyelewengan sehingga syarikat itu rugi hampir RM3,000 juta. Tidak itu sahaja, syarikat
Perwaja, milik kerajaan, itu juga dibebankan dengan hutang hampir RM7,000 juta. Kesemuanya hampir
RM10 bilion dibebankan ke atas kerajaan angkara rasuah dan penyelewengan dalam syarikat
Perwaja itu.
Mahathir Terlibat Dalam Skandal
Perwaja
Anwar dedahkan ini semua dalam Dewan Rakyat di Parlimen, bukan di kedai kopi atau kelab-kelab. Apabila
dia terpenjara, dari dalam penjara, Anwar membuat laporan polis secara rasmi, dengan dikepil dua pucuk
surat Perdana Menteri kepada Eric Chia berhubung perjalanan syarikat Perwaja tersebut. Surat-surat itu
menunjukkan secara jelas betapa Mahathir sendiri terlibat melakukan salah jenayah dalam pengurusan
Perwaja kerana menyalahi perjalanan dan prosedur urusan kewangan kerajaan.
Ertinya penyalahgunaan kuasa telah berlaku. Mahathir terlibat sama melakukannya. Negara rugi
beribu juta. Eric Chia masih bebas. Mahathir masih bebas. Tetapi Anwar dibelenggu di penjara Sungai
Buloh! Anwar dedahkan ini di Parlimen ketika dia bebas, dan dari dalam penjara ketika kebebasannya
dirampas, Anwar masih melawan terus.
Perwaja Mercu Tanda Rasuah Dan
Penyelwengan Mahathir
Anwar cukup tahu apabila beliau membawa ke Parlimen akan penyelewengan Perwaja dengan
laporan lengkap dari syarikat akaun Price Waterhouse, Mahathir tentu marah. Kalau Anwar penakut
dan sayangkan jawatan menteri dan TPM, buat apa dia cari penyakit? Lebih baik diam. Bila Mahathir dah
turun nanti, bolehlah buat sesuatu kemudian. Tetapi Anwar tidak boleh tunggu lama lagi. Perbuatan rasuah
dan penyelewengan itu mesti ditentang. Itu komitmennya.
Idealisme Melawan Rasuah Sejak Muda
Sekarang Anwar telah dipenjara 6 tahun. Perbicaraan kedua ini kalau Hakim masih tunduk kepada Perdana
Menteri, maka akan ditambah lagi hukuman penjara ke atas Anwar. Anwar telah mendedahkan dirinya
kepada bahaya di penjara lebih lama apabila beliau membuat laporan polis dari penjara.
Dokumen-dokumen yang dikepilkan oleh Anwar tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan
Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik itu semuanya dikelaskan
sebagai rahsia rasmi. Anwar boleh didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hukumanya penjara
mandotori.
Ertinya risiko terpenjara lebih lama sentiasa berada di atas kepala Anwar. Tetapi bekas Timbalan Perdana
Menteri itu, bekas Presiden ABIM, bekas pemimpin pelajar, Anwar lakukan ini semua kerana perjuangan
hidupnya sejak muda untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.
Manifesto BN Satu Retorik Politik Saja
Jadi ternyata Manifesto BN dalam pilihanraya 1995 yang berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien itu adalah
satu retorik politik sahaja. Tiada wawasan sekiranya pemerintahan sesebuah negara itu penuh dengan
rasuah dan penyelwengan. Tiada keadilan sekiranya yang rasuah dan menyeleweng tidak dihukum,
sebaliknya yang memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan dipenjarakan. Tiada sebuah kerajaan
yang efisen sekiranya rasuah dan penyelewengan berakar umbi dalam birokrasi pentadbiran dan meluas di
kalangan Jemaah Menterinya.

8888888888888888888888888888888888888888888

APA SEBAB ANWAR DIPECAT DARI TPM./ VERSI MAHADTIR

8888888888888888888888888888888888888888888

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah menjelaskan mengapa beliau terpaksa mengambil tindakan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan keahlian UMNO, semuanya berpunca dari salah laku moral.

Berikut merupakan penjelasan Dr Mahathir yang ketika itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan sebab-sebabnya kepada ahli mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, yang turut dihadiri Anwar pada malam 3 September 1998.

Semasa saya berjumpa dengan Menteri Besar dan juga beberapa orang lain yang datang berjumpa saya untuk mengetahui berkenaan masalah ini, ada tuduhan bahawa saya ambil tindakan ini kerana politik kerana saya nak menyelamatkan diri saya.

Saya nak kata di sini, kalau saya ambil tindakan pasal politik, apa gunanya saya tunggu sehingga keadaan jadi begini genting dan masalah-masalah lain menekan negara. Pilihan ini saya ambil keranasaya percaya tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai asas yang kukuh.

Saya tidak puas hati dengan tuduhan ini pada mulanya.

Tahun lepas, bulan Ogos tuduhan ini dibuat oleh orang-orang. Seorangnya ialah adik (Ummi Hafilda) kepada Azmin iaitu setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang driver yang dahulu bekerja sebagai driver Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kemudian bekerja sebagai driver Azmin, sekarang ini sudah bekerja di Melaka (Azizan Abu Bakar).

Surat telah disampaikan kepada saya dan kedua-dua dan surat itu dibawa oleh Megat Junid yang menyatakan bahawa ini telah dibuat oleh orang berdua ini dan telah berjumpa dengan Megat Junid dan Tun Daim.

Saya tolak sepenuhnya tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya tuduh Megat Junid cuba membuat surat layang dengan pakar fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan dengan itu, tidak ada siapa yang tahu dan saya pula diberi oleh pihak polis satu kenyataan yang dibuat oleh adik Azmin iaitu Ummi yang berkata bahawa tuduhan yang dibuat dalam surat pertamanya itu adalah tidak berasas dan saya anggap bahawa dengan itu, kes itu telah selesai.

Sepertimana Ahli-ahli Majlis Tertinggi tahu, saya tidak kata apa-apa kepada Majlis Tertinggi tentang pendirian saya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bahkan saya masih anggap dia bakal pengganti saya.

Dan selepas peristiwa itu pun, saya masih lagi buat kenyataan berkali-kali bahawa saya memberi sokongan penuh iaitu dia akan menjadi pengganti saya dan saya ingin serah UMNO bulat-bulat termasuk penyokong-penyokong saya kepadanya sebagai Presiden parti dan juga sebagai Ketua Kerajaan.

Ini adalah satu kenyataan yang selalu saya buat di hadapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau di ucapan-ucapan lain yang saya buat. Saya selalu membuat kenyataan yang sama sehingga akhbar-akhbar asing pun telah setuju tentang the annointed assistant – apa nama – pengganti yang telah dikenal pasti oleh saya.

Selama ini pun, saya telah memberi sokongan penuh sehingga daripada masa masuk ke dalam UMNO sehingga menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden. Sepanjang masa saya beri sokongan dan mempertahankan apabila ada orang menangkis.

Banyak orang yang datang jumpa saya yang membuat macam-macam kenyataan termasuk percubaan memburukkan diri saya dalam dan luar negera.Tuduhan bahawa secara tidak langsung saya melakukancrony capitalism, hypnotism, cronyism, corruption dan berbagai-bagai lagi.

Apabila Zahid Hamidi membuat kenyataan yang sama, saya dan semua Ahli Majlis Tertinggi tahu bahawa saya membuat teguran yang keras terhadap Zahid.

Kalau pun Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat teguran yang sama di Johor, tetapi saya tidak tegur Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya salahkan Zahid.

Saya kata, apa yang dikatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditujukan bukan kepada Malaysia dan bukan kepada saya tetapi kepada negara-negara lain.

Sepanjang masa sehingga Majlis Tertinggi mesyuarat agung pun saya membuat pendirian yang sama iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti saya apabila saya berhenti.

Dan sebenarnya saya berhajat untuk berhenti tahun ini, tahun 1998. Waktu tahun sudah, saya pergi bercuti dua bulan dan semasa itu saya serah pentadbiran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tidak ragu-ragu walaupun ada orang yang kata itu tidak bijak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak setia kepada saya, saya tidak terima dakwaan mereka.

Perkara ini sepatutnya tidak membawa kepada apa-apa tetapi malangnya buku ini. Buku 50 Dalil ini dikeluar, ada orang bagi kepada saya satu salinan, saya tak baca, pasal saya anggap buku ini sebagai fitnah.

Sampai sekarang ini pun saya tak baca.

Tetapi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mengambil tindakan untuk mengambil apa nama internal…apakah (istilah itu) saya pun tak tahu, apa nama bahasa undang-undang ini. Dia cuba menyekat pengedaran buku ini.

Dan tindakan itu diambil sebagai satu tindakan criminal iaitu melapor kepada polis bahawa buku ini patut di ban kerana ianya mengandungi banyak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri beritahu kepada saya bahawa dia mengambil tindakan ini dan saya kata “this is very tricky,” inilah perkataan yang saya guna.

Saya masih ingat “this is very tricky” sebabnya saya kata tricky adalah apabila sesuatu yang diserah kepada polis, maka polis akan siasat dan walaupun kalau tidak ada apa-apa.. tak apalah.

Tetapi kalau ‘ada apa-apa’ polis sebagai professional body akan siasat…Jadi itulah yang berlaku.

Polis membuat siasatan dan kemudian memberitahu saya bahawa tuduhan-tuduhan dalam buku itu walaupun tak semuanya benar, tapi ada yang benar.

Mereka telah menyoal beberapa orang dan orang-orang ini secara sukarela, kata polis memberi maklumat dan polis memberitahu kepada saya apa yang diakui oleh orang-orang ini.

Saya mengaku, saya terkejut kerana saya tak sangka satu orang, satu kawan yang saya fikir begitu warak sekali boleh terlibat dalam kegiatan yang semacam ini.

Yang lain saya tak berapa peduli sangat, tentang masalah duit dan lain-lain saya tak berapa peduli. Tetapi tuduhan yang mengejutkan saya ialah berkenaan womenize, ada hubungan seks dengan beberapa wanita, tuduhan bahawa ada percubaan untuk intact isteri orang dan yang dahsyat sekali ialah tuduhan bahawa telah meliwat seorang lelaki yang dulu menjadi driver kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Itu tuduhan yang dibuat oleh polis dan mereka mempunyai cukup bukti, apa statement-statement yang ditandatangani dan gambar-gambar yang mereka ambil tentang orang ini.

Namun, saya masih tidak puas hati dan saya bagitahu kepada polis, bahawa saya sendiri nak tanya orang-orang ini dan saya berjumpa dengan orang ini satu persatu dan tanya, “Sama ada polis paksa mereka atau pun tidak?”

Jawapan mereka, “Mereka tidak dipaksa.” Saya tanya pula, “Sama ada mereka sanggup memberi – apa nama – keterangan dalam mahkamah kalau mereka dikehendaki menjadi saksi?”

Mereka semua mengakui bahawa, “Mereka sanggup memberi penjelasan dalam mahkamah.”

Orang pertama yang saya jumpa ialah seorang driver yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, bercakap bahasa Melayu sedikit sebanyak dan orang ini bercerita pada saya tentang bagaimana dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke suatu bangunan dan dia juga bertanggungjawab disuruh mencuci dan menyiapkan bilik tidur dan juga membawa perempuan-perempuan Cina jalang, bawa untuk berjumpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan selepas itu, dia bawa balik perempuan-perempuan ini dan juga hantar. Kadang-kadang hantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim balik rumah dalam kereta yang cermin hitam, orang tidak nampak.

Saya tanya, “Berapa kali benda ini berlaku?” Dia kata, “Banyak kali” dan “Siapa yang dibawa?”. “Banyak perempuan Cina. Ada juga perempuan seorang Mexican,” dia kata.

Saya tak tahulah, sama ada dia tahu Mexican atau tak Mexican ke, itu dia kata. Itu daripada driver itu.

Saya tanya dia berkali-kali, “Sama ada benar atau tidak benar? Sama ada dia sanggup membuat kenyataan ataupun tidak?” dia juga berkata, “Bahawa yang jahat ini ialah Datuk Nalla dan dia bekerja dengan Datuk Nalla.”

Datuk Nalla kadang-kadang tidak bayar gajinya. Dia kata, “Dato’ Seri Anwar Ibrahim baik, yang menghasut Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Nalla.”

Saya juga jumpa dengan seorang kerani dan dia bercerita bagaimana Dato’ Seri Anwar cuba nak ada hubungan seks dengan dia. Dan dia tolak dan dia balik beritahu kepada ibu dia dan abang dia dan adik dia.

Dan mereka itu berkata, jangan buat apa-apalah, pasal dia ini orang besar. Tidak buat laporan atau apakah.

Orang yang ketiga yang saya jumpa ialah seorang perempuan India yang juga membuat kenyataan bahawa dia berjumpa nak dilakukan hubungan seks oleh Dato’ Seri Anwar dalam sebuah bilik dalam sebuah bangunan seperti itu dan dia juga menolak kerana katanya dia datang haid.

Wanita yang ketiga ialah seorang perempuan Melayu yang mengaku dia ada hubungan seks dengan Dato’ Seri Anwar.

Kemudian saya berjumpa dengan driver yang bernama Azizan. Dia dulu bekerja dengan Dato’ Seri Anwar. Lepas itu, dengan kerana Dato’ Seri Anwar mengadakan hubungan songsang dan dia berasa malu dan berkali-kali buat dan dia berhenti kerja. Dan kemudian dia bekerja dengan Azmin.

Apabila dia bekerja dengan Azmin, adik Azmin bertanya kepada dia, berkenaan dengan ke mana dia selalu bawa isteri Azmin. Dan apabila cerita-cerita ini bangkit, dia sebut apa yang berlaku kepada dia. Apa yang Dato’ Seri Anwar buat kepada dia.

Itu… Ummi tadi telah mengajak dia supaya membuat laporan dan dia pun membuat satu laporan yang ditandatangani. Tetapi, dia kata yang tulis bukan dia. Yang tulis Ummi dan dia tandatangan. Ummi lah yang tanya kepada driver ini tentang kelakuan isteri Azmin yang selalunya dapat panggilan telefon, dapat pergi ke shopping complex dan hilang sekejap.

Lepas itu balik, bercakap berkenaan dengan boyfriendnya yang biasa menyebut bahawa anak dia itu adalah anak Dato’ Seri Anwar. Sebab itu adik Azmin ini buat keputusan untuk melapor.

Dan apabila dia melapor, dia diburu oleh polis. Sehingga polis pergi ke rumah kawannya dan pecah pintu dan tangkap dia dan paksa dia suruh ubah kenyataan bahawa apa yang dia kata itu tidak benar. Jadi, itu cerita daripada Ummi.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi. Oleh kerana Dato’ Seri Anwar sendiri beritahu kepada saya, bahawa Ummi ini ialah keluarga kepada Azmin. Dan Ummi ini sudah rujuk balik kepada keluarganya dan tidak lagi membuat tuduhan-tuduhan ini.

Dan oleh kerana itu, saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi.

Sebaliknya, pada suatu malam saya hadir satu majlis perkahwinan. Setelah saya balik ke rumah, isteri saya telefon. Dia kata, ada dua orang nak jumpa saya. Sanggupkah saya jumpa? Saya kata, “Pasai apa?” “Ialah pasal kes.”

Yang datang ni ialah Ummi dan seorang lagi yang berjanggut dan mengaku dirinya tiga pupu kepada Dato’ Seri Anwar, ada kaitan dengan Sulaiman Palestin.

Dan Ummi bercerita tentang apa yang berlaku. Sama seperti yang diceritakan oleh Azizan. Saya tanya Ummi, saya dengar kata dia telah tarik balik (tuduhan yang dibuat sebelum ini).

Dia kata, dia tidak pernah tarik balik. Dia terpaksa.. dipaksa oleh polis untuk menarik balik apa yang dia buat kenyataan.

Jadi, pendek kata, setelah saya dengar semua ini, saya berpendapat bahawa cerita-cerita ini adalah benar.

Dan inilah yang menyebabkan saya memikir semula tentang Dato’ Seri Anwar sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sesuainya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Yang lain saya boleh maaf, saya boleh lupa tetapi perbuatan songsang ini perbuatan yang tidak halal, baik daripada segi agama ataupun bagi masyarakat kita.

Adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya tidak mahu bertanggungjawab, membenarkan orang yang terlibat dengan perbuatan yang buruk ini menjadi pemimpin UMNO dan jadi pemimpin negara.

Memang Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba berkata, bahawa tuduhan ini tidak benar. Tetapi saya perlu buat penilaian saya sendiri. Dan saya yakin dan saya percaya bahawa tuduhan ini adalah benar.

Selain daripada itu, saya juga berjumpa dengan seorang Ketua Bahagian UMNO daripada Perak, Hamzah namanya. Dia bawa saya tape recording – apa nama telephone called, antara isterinya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi saya terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada seorang isteri kepada seorang Ketua Bahagian UMNO. Cuba nak pikat dia supaya – apa nama – supaya berjumpa untuk tujuan apa. Dan loghat cakap itu saya dapati tidak begitu baik.

Saya masih tidak mahu mendedahkan perkara ini seboleh-bolehnya.

Walaupun pihak polis sudah ready, sudah pun menyiapkan kes-kes ini terutama berkenaan Datuk Nalla.

Saya nak cuba kalau boleh tidak mendedahkan perkara ini. Sebab itu, saya minta supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim letak jawatan.

Saya berharap kalau dia letak jawatan, dia pergi, saya tak payah nak sebut tentang perkara ini kerana perkara ini mengaibkan seseorang dan parti kita dan keluarga-keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri yang saya berpendapat tidak berdosa.

Dan saya tidak hendak perkara ini mencemarkan mereka.

Tetapi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menuruti. Dengan itu, saya terpaksa melucutkan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Apabila saya lucutkan jawatan ini, saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seseorang yang memegang jawatan ini.

Saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seorang yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti dan kerajaan.

Saya tidak boleh mempertahankan tindakan saya melainkan saya dedahkan segala-galanya.

Saya cuba nak harap kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan pergi dengan rela hati dan saya tidak perlu berkata apa-apa.

Kalau pun nak tuduh bahawa ini ialah oleh kerana pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan ekonomi, yang itu tidak mengapa, saya boleh pertahankan diri saya.

Tetapi apabila saya mengambil tindakan melucutkan, saya mesti jelaskan sebab-sebab yang saya ambil tindakan.

Sebab itu saya panggil Menteri-menteri Besar ke rumah saya sebagai ketua-ketua perhubungan.

Saya tidak panggil Majlis Tertinggi kerana saya berharap, masih berharap – saya tidak perlu jelas kepada Majlis Tertinggi. Saya jumpa dengan Menteri Besar, saya terang semuanya.

Dan saya sanggup kalau Menteri-menteri Besar nak jumpa dengan orang yang saya jumpa pun saya sanggup untuk berjumpa, supaya dapat mengesahkan sendiri apakah benar atau pun tidak ?

Tetapi Menteri-menteri Besar tidak berminat untuk nak bertanya walaupun mereka berjumpa dengan Ummi dan Hamzah dan seorang lagi budak yang berjanggut.

Saya bagi penerangan kepada Menteri Besar supaya tindakan yang saya akan ambil akan difahami oleh Menteri-menteri Besar. Saya berhajat – berharap, saya dapat menerangkan perkara ini kepada Majlis Tertinggi tanpa mengeluarkan butir-butir yang tidak sedap didengar.

Tapi sebagaimana yang kita tahu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak meletakkan jawatan. Saya terpaksa melucutkan jawatannya dan saya terpaksa menjelaskan semuanya pada malam ini.

Saya tak nak ulas banyak lagi. Saya tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat tuduhan bahawa ada konspirasi daripada seluruh alat kerajaan.

Saya tak tahulah apa asas-asas itu.

Saya tak akan tahankan diri saya kerana bagi saya, yang penting ialah seorang yang mempunyai moral yang begitu buruk, moral yang menjadi lebih buruk kerana menggambarkan diri sebagai seorang yang alim, seorang ulama, seorang yang boleh menjadi imam, boleh buat khutbah, orang yang semacam ini lebih daripada orang lain, tak patut buat kerja yang semacam itu.

Pada pendapat saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan, tidak layak memegang jawatan dalam UMNO, bahkan tidak layak menjadi ahli UMNO.

Itu pendapat saya. Kalau Dato’ Seri Anwar nak mempertahankan diri, sila…

88888888888888888888888888888888888888888

APA ANWAR BUAT KETIKA DALAM KABINET

Bukankah ketika itu kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung- jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?Setelah 12 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dari kerajaan dan Umno, pada 2009 lalu beliau bergiat semula dalam sepak terajang politik negara ini.Jikalau dahulu, semasa di dalam kerajaan beliau menjalankan dasar-dasar kerajaan, berbeza dengan sekarang, beliau ialah ketua pakatan pembangkang yang disegani.
Kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan hari ini, khususnya terhadap rasuah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kadang kala menimbulkan persoalan, apa yang beliau lakukan semasa beliau berada di dalam kabinet?
Apabila berbicara mengenai hal ini, perkara yang sering tidak lepas dari persoalan ialah adakah Anwar memang benar-benar menentang rasuah yang semakin membarah dalam kerajaan, akta-akta yang menindas kebebasan bersuara – ISA, AUKU dan lain-lain akta yang seumpamanya.
Persoalan mengapa beliau tidak melakukannya semasa beliau berada di dalam kerajaan dahulu pasti dipersoalkan dan tentunya lebih kerap dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kolumnis media-media kawalan kerajaan.Bukankah ketika itu adalah kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung-jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?
TPM era Mahathir paling mencabar
Umum mengetahui, menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa tidaklah semudah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga PM sebelumnya.Bagi Abdullah Badawi memadai dengan hanya seorang timbalan berbanding Mahathir yang mempunyai sehingga empat orang Timbalan Perdana Menteri.Malah kuasa pemutus keputusan penting oleh para menteri yang ada dari dahulu hinggalah hari ini juga tidaklah mutlak walaupun dalam bidang kuasa kementerian masing-masing.

Contohnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran tentunya tidak akan menarik semula pelaksanaan PPSMI jika tidak dipersetujui oleh Najib.
Begitu juga dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri, tentunya tidak akan berani, walaupun sekadar menyebut pindaan ISA akan dikaji jika tiada lampu hijau dari Najib atau mungkin juga diilhamkan sendiri oleh Najib.Sama juga dengan isu kenaikan harga gula, beras, petrol dan lain-lain. Walaupun menurut mereka, pada dasarnya, setiap keputusan yang dibuat telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, namun kuasa veto Perdana Menteri adalah pemutus utama tidak dapat dinafikan.
Akhirnya, telunjuk 1Malaysia itulah juga akan dijadikan kiblat.
Apatah lagi menjadi timbalan kepada Mahathir, tentunya memerlukan seseorang yang sehaluan dengannya, seseorang yang mampu menari seirama dengan tariannya, tidak kira samada tindakan itu menguntungkan rakyat atau menguntungkan kroni.Apa yang penting, harus bersedia mengungkapkan kata-kata ‘yes boss’. Perilaku seperti ini tentunya bertentangan dengan jiwa Anwar sendiri hinggalah mengundang pertengkaran demi pertengkaran antara kedua mereka.Kejadian pertengkaran antara mereka ini diakui sendiri oleh mereka yang rapat dengan Anwar seperti Azmin Ali, Ezam Mohd Nor malah Mahathir sendiri turut pernah mengakuinya.Pernah dalam beberapa ceramah politik oleh Ezam dan Azmin sekitar tahun 1999, mereka menceritakan bagaimana pada suatu hari,
Anwar keluar dari bilik PM dengan muka yang merah padam setelah bertengkar dengan Mahathir berkenaan isu penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Kabinet dan VIP Umno yang lainnya.
Sikap Mahathir yang melindungi perlakuan menyeleweng ini sama sekali tidak dapat diterima oleh Anwar.
Selain itu, keutamaan dasar Mahathir untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dengan menelan belanja berbillion ringgit akibat kemelesetan ekonomi ketika itu tidak dipersetujui oleh Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan telah memburukan lagi hubungan mereka.

Mahathir curigai Anwar
Pada tahun 1997, ketika Mahathir bercuti tiga bulan di luar negara, Anwar yang ketika itu memangku jawatan Perdana Menteri telah mengambil kesempatan itu dengan menggubal Akta Pencegah Rasuah 1997. Tindakan Anwar itu telah menambahkan kecurigaan Mahathir terhadap beliau.
Mahathir mula merasakan Anwar sebagai seseorang yang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingannya dan kroni-kroninya apabila beliau bersara kelak.Ditambah pula, hasutan-hasutan dari mereka yang turut merasakan diri mereka bakal terancam dengan dakwaan rasuah apabila Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri nanti.Ketika itu, pendirian Mahathir yang terlalu obses terhadap ISA dan AUKU memanglah amat jelas dan diketahui umum. Apatah lagi, AUKU adalah akta dari air tangan beliau sendiri.
Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu tidak akan teragak-agak menggunakannya ke atas penentang-penentang beliau.Sekiranya ketika itu Anwar mula menunjukan pendirian kerasnya dan bertindak agresif untuk menghapuskan kedua-dua akta ini, tentunya awal-awal lagi Anwar akan tersingkir dari persaingan politik untuk menuju puncak dan sekaligus menggagalkan misinya yang hanya setengah jalan sahaja.Malah, lebih dari itu, nescaya beliau tidak akan mampu sampai ke jawatan nombor dua kerajaan yang berjaya disandangnya ketika itu.Untuk menghapuskan kedua-dua akta ini dan memerangi rasuah secara total, Anwar perlu berada di puncak terlebih dahulu.
Jika difahami falsafah politik beliau, “untuk mengubah sesuatu, kita harus berada pada sesuatu kedudukan yang betul,” maka jelaslah, semasa beliau di dalam kerajaan lagi beliau telah mula melaksanakan misinya untuk melakukan perubahan terhadap sistem-sistem yang beliau tentang termasuklah ISA, AUKU dan amalan rasuah yang semakin berleluasa.
Cuma kerana demi melindungi misinya pada masa itu, tidaklah beliau tunjukan secara agresif walaupun telah dapat dihidu oleh pemimpin kerajaan yang korup.Untuk mencapai matlamat itu, perkara pertama yang perlu beliau lakukan ialah menakluk puncak tertinggi dalam pemerintahan negara ini.

by Nazli Ibrahim Fmt.

copyright  by hazis wordpress

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s