ENEMY OF THE STATE

10945015_832414056830406_1565159600132558072_n

Usaha Tong Kooi Ong Untuk Tumbangkan Matawang Malaysia.

1.Ada khabar angin yang sedang tersebar di alam maya, saya tidak berapa ambil berat berkenaan sumber yang kurang sahih tetapi disebabkan khabarnya begtu penting saya terpaksa berkongsi. Seorang taikun bernama Tong Kooi Ong yang memiliki beberapa syarikat termasuk The Edge Communication dan Malaysian Insider telah membuat pelaburan ‘short selling’ matawang Ringgit Malaysia bernilai US1.4 Billion.

2. Short selling merupakan cara pelaburan ala yahudi yang membeli matawang hari ini tetapi membiayainya pada masa hadapan dengan nilai masa hadapan. Dalam kata lain memilikinya sekarang tetapi membayar dengan nilai masa hadapan, jika matawang itu turun maka pelabur short seller akan untung. Antara short seller paling terkenal ialah George Soros yang hampir memufliskan Malaysia pada tahun 1997-1998.

3. Lebih teruk lagi selepas membuat kajian berkenaan individu tersebut, ada beberapa sumber memberitahu Tong Kooi Ong mempunyai hubungan dengan DS Anwar Ibrahim. Ia dikatakan bahawa Ong mengurus dana PKR dari luar negara berjumlah RM3 billion (anggaran). Jika teori saya betul, maka Ong ‘short sell’ agar ekonomi Malaysia jatuh dan menyebabkan kemarahan rakyat sehingga mereka mengundi Pakatan pembangkang pada pilihanraya akan datang.

4.Oleh sebab dia memiliki The Edge dan Malaysian Insider, dia boleh memanipulasi berita agar khalayak umum hilang kepercayaan kepada matawang RM dan menyebabkan ia jatuh. Dalam dunia perniagaan, ada konsep bernama ‘Self-Fulfilling Prophecy’ yang menerangkan jika kita membuat teori terhadapat satu benda dan manipulasi keadaan, ia akan terjadi. Disebabkan The Edge dan Malaysian Insider membuat teori bahawa RM akan jatuh, pembaca akan percaya lalu menukar RM kepada matawang lain sehingga nilainya jatuh.

5. Ketika zaman Tun Dr Mahathir, beliau dengan bijak mengharamkan aktiviti short selling dan pegged atau menetapkan RM terhadap satu nilai agar tidak boleh dimanipulasi (USD1 = RM3.80), polisi ini berjaya menstabilkan matawang dan merugikan para short seller termasuk George Soros sehingga dia menyerang Tun Dr Mahathir kerana tidak mengamalkan ‘pasaran bebas’. Agak malang George Soros lebih ambil berat berkenaan keuntungan individu daripada kebajikan seluruh rakyat Malaysia yang terseksa akibat kegawatan ekonomi. Sekarang amat menyedihkan seorang rakyat Malaysia sendiri ingin menjatuhkan ekonomi tanah airnya demi keuntungan individu, setakat ini Bank Negara Malaysia hanya akan ‘memantau’ aktiviti short selling dia.

6. Aktiviti short selling perlu dilakukan tanpa disedari orang ramai kerana kerajaan dan Bank Negara Malaysia boleh ambil tindakan sewajarnya untuk mematahkan mereka atau mengambil tindakan makhamah jika dia didapati bersalah memanipulasi matawang. Saya berharap kerajaan akan mengharamkan balik ‘short selling’ kerana ia bercanggah dengan konsep perniagaan dalam Islam dimana kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli perlu untung dalam satu transaksi, ia adalah haram agar seorang penjual untung manakala pembelinya rugi. Kerajaan perlu mengharamkan balik aktiviti ini agar matawang Malaysia tidak dimanipulasi lagi dan agar rakyat Malaysia tidak perlu melalui krisis 1997-1998 lagi.

dipetik dari  fb saya sayang Tun Dr Mahathir

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s