Dr Wan Azizah DEDAH Siapa Sebenarnya TUN MAHATHIR

tun dr mahathir wan azizah

Tanggal 05 Jun 2015, tercatat satu lagi Sejarah buat negara apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinafikan hak untuk berucap di hadapan khalayak di PWTC.

Alasan penafian hak beliau yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, amat tidak munasabah malah seakan orang “hilang akal”. Beliau mengatakan bahawa PWTC tempat yang selama ini menjadi maruah dan martabat UMNO Barisan Nasional tidak selamat jika dialog Tun Mahathir dengan Perdana Menteri terus diadakan,malah dikhuatiri menggugat keamanan dan ketenteraman rakyat Malaysia.

Ini jelas bercanggah dengan dasar Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam Perkara 10 yang menyokong prinsip demokrasi iaitu, setiap warganegara mempunyai hak bersuara serta bebas mengeluarkan fikiran.

Peristiwa yang melukakan prinsip keadilan telah banyak menimbulkan spekulasi dalam kalangan para pengamal media dan rakyat Malaysia.

Persoalannya kini, mengapa Perdana Menteri takut berhadapan dengan Tun Mahathir? Apakah ini angkara seseorang yang tidak membenarkan atau takut pecah tembelang? Sungguh memalukan apabila seorang Perdana Menteri mendiamkan diri daripada menjawab tentang kontroversi skandal 1MDB yang melanda beliau.
Lebih mengejutkan apabila Ketua Polis Negara yang seharusnya memberi kerjasama dan memastikan supaya sesi dialog tersebut berjalan dengan lancar, tetapi sebaliknya mengarahkan anak-anak buahnya untuk bertindak melampaui batas dengan merampas mikrofon dan mengarahkan Tun Mahathir keluar dari dewan.

Sebagai anak muda yang mengikuti perjalanan politik Malaysia sejak zaman persekolahan lagi, saya merupakan serpihan kezaliman zaman Mahathirisme. Saya mengikuti perkembangan Tun Mahathir, dan adalah amat sukar untuk saya lupakan doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor, yang mendoakan agar Tun Mahathir dipanjangkan umur bagi menyaksikan sendiri kerosakkan UMNO dan negara akibat kesan daripada pentadbiran diktatornya selama 22 tahun.

Rakyat tidak sepatutnya lupa akan Sejarah surat Tun Mahathir terhadap Tunku Abdul Rahman yang jelas memusnahkan seluruh pengorbanan Tunku terhadap bangsa dan negara sejak 58 tahun yang lalu. Menurut Tuanku, akibat dari penyebaran surat itu telah menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan menentang beliau di Universiti Malaya,Kolej Islam dan Institut Teknologi Mara.

Atas dasar inilah yang mendorong Tunku memberikan kata dua kepada UMNO sama ada untuk memilih beliau ataupun Tun Mahathir. Tunku juga pernah meluahkan perasaan marah beliau terhadap Tun Mahathir dalam akhbar Mingguan Malaysia 20 Julai 1969 yang berbunyi “…surat Dr Mahathir telah memusnahkan seluruh perjuangan saya terhadap negara dan bangsa selama 17 tahun…”.

Kekejaman dan kezaliman era Mahathirisme, berterusan sehingga menuduh bekas Menteri Kewangan dan kini Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa beliau terlibat dalam skandal politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 1987.

Ketika itu Ku Li menentang Tun Mahathir bagi jawatan Presiden tetapi tewas tipis dan ini memaksa beliau keluar dari UMNO lalu menubuhkan Semangat 46. Ku Li juga turut menjelaskan bahawa tulisan Dr Mahathir dalam “Memoir of Tun Dr Mahathir Mohamad” merupakan “pembohongan politik”. Beliau mengaitkan nasib mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim seolah-olah yang baik itu datang dari Mahathir dan yang buruk itu datang dari pihak yang tidak bersependapat dengan beliau.

Tun Mahathir sedar bahawa penganti beliau tidak mampu memperbetulkan keadaan yang telah wujud semasa era Mahathirisme. Maka, beliau dengan bijak meletakan jawatan, tepat pada masa, supaya dapat mengelakkan diri beliau daripada kontroversi kronisme seperti yang dialami oleh Pak Lah dan kini, Dato Seri Najib Razak.

Setiap individu yang menghalang kemaraan Tun Mahathir akan mendapat ganjaran seperti yang dialami oleh Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Tun Salleh Abbas sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kasus insiden kontroversi Tun Mahathir dalam tragedi pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan tindakan yang paling mengaibkan malah tindakan ini telah memberikan kejutan kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Tun Mahathir telah mengukir Sejarah dunia dengan menjatuhkan musuh politik beliau dengan cara yang teramat keji iaitu kes konspirasi dan fitnah politik – liwat. Didikan dan asuhan Tun Mahathir digunakan sebaik mungkin oleh pewarisnya melalui konspirasi dan fitnah Liwat 2.0.

Semasa era Mahathirisme, Tun Mahathir, telah mengorbankan dan mengadaikan prinsip demokrasi. Beliau telah mewariskan barisan kepimpinan yang korup dan bobrok di mana pentadbiran berasaskan semangat demokrasi telah runtuh dan terkorban. Segala institusi dalam negara menjadi caca merba. Dari institusi Kehakiman, Perundangan, PDRM, SPRM, SPR dan banyak lagi yang telah diranapkan semasa zaman Mahathirisme.

Hari ini, insiden mengaibkan Tun Mahathir, yang dilakukan oleh pewarisnya sendiri, sepatutnya membuatkan beliau sedar dan bertaubat semasa dan selagi beliau masih mempunyai peluang dan ruang untuk berbuat demikian. Ini adalah harga sebuah kekejaman yang sedang dibayar oleh Tun Mahathir.
Taubat ATAU terus membayar harga sebuah kekejaman !!! YB Manivanan Gowin via FB Dr Azizah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s