FOREX / SAHAM

Warren_Buffett_mentor ferex exel

KECEWA  ITU BOLIH   TETAPI CEPAT  CEPAT PULIHKAN..

Warren Buffet _ mentor trader treder forex

Kursus forex di- LIVE TRADING  GEM2008

  • Berdiri: nizam,hazaldin(admin hazis.wordpress)rosnah,ramli,shahrir.
  • duduk :huzaifah,haji,azizi,zamani,sofri,raihana,dan foong.

Kursus forex di Safira Country Club,Penang.pada 081009.Di tengah Tuan Hj Roslan  berkemeja biru .

Kursus kali kedua di Kota Kinabalu, Sabah.Di tengah berkemeja biru Tuan Haji Roslan Hussain

Untuk melihat testimonial dan apa kata para student GEM 2008 anda boleh layari blog Tuan Haji Roslan Hussain klik

. Date: 281209.

Apakah Forex

FOREX adalah singkatan daripada perkataan Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Asing. Tukaran asing yang dimaksudkan adalah pasaran tukaran matawang asing.

Selain dari Forex, Tukaran asing ini juga dikenali dengan nama-nama lain seperti ‘Retail Forex’, FX, ‘SpotFX’ atau hanya disebut ‘Spot’. Bagaimanapun sebutan yang popular dan sering digunakan adalah ‘FOREX’ atau lebih ringkas lagi, FX.

Forex adalah satu pasaran kewangan yang terbesar di dunia dengan volum dagangan harian mencecah USD4 trilion sehari.

Jika dibandingkan dengan volum dagangan NYSE, kita dapat lihat bahawa jumlah dagangan forex adalah seperti raksasa yang sangat besar dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pasaran kewangan sekali pun.

Apa yang di niagakan dalam Forex

Hanya satu jawapan yang mudah iaitu – ‘DUIT’.

– Berdagang dalam Forex adalah bermakna kita membeli satu matawang dan dalam masa yang sama kita menjual matawang lain.

CONTOH MUDAH:

Anda pergi ke bank dan menukarkan RM3.80 kepada USD1. Ini bermakna anda membeli US Dolar (USD1) dan dalam masa yang sama tanpa anda sedari, anda sebenarnya telah menjual Ringgit Malaysia (RM3.80) yang anda bawa tadi.

– Pasaran Forex boleh dikatakan sebagai satu OTC (Over-The-Counter) atau pasaran Antara Bank (Interbank) berdasarkan kepada fakta bahawa keseluruhan pasaran ini dilaksanakan secara elektronik, di dalam jaringan bank-bank, serta berterusan selama 24 jam sehari.

– Sehingga lewat tahun 1990an, hanya para peniaga besar, bank, dan syarikat besar yang boleh bermain ‘permainan’ ini kerana untuk melibatkan diri dalam permainan ini, anda memerlukan modal permulaan sekurangnya USD10 juta.

– Bagaimanapun, dengan kemajuan dan peningkatan dalam teknologi internet, firma-firma dagangan forex kini membuka peluang kepada ‘trader-trader’ kecil seperti kita untuk melibatkan diri dalam dagangan ini secara online.

– Segala yang anda perlukan untuk memulakannya adalah

o Sebuah computer

o Sambungan internet

o Pengetahuan mengenai asas dan teknikal forex.

Kelebihan Forex dari pasaran / urusniaga lain

Ada banyak kebaikan dan kelebihan untuk kita trading Forex berbanding lain-lain pasaran kewangan. Antaranya ialah:

1) Tiada Komisen.

  • Tak perlu yuran tukaran,
  • Tak perlu yuran kerajaan,
  • Broker mengambil keuntungan daripada ‘bid-ask spread’ (akan diajar di bahagian lain)

2) Tiada Middlemen (orang tengah).

  • Trading matawang secara ‘spot’ akan menghapuskan peranan orang tengah.
  • Trader akan terus dihubungkan dengan pasaran yang menentukan harga sesuatu pasangan matawang (pair).

3) Saiz Lot Yang Fleksibel.

  • Dalam Pasaran Hadapan (Future Market), lot atau saiz kontrak telah ditetapkan dan ia tidak fleksibel. Contohnya saiz standart untuk Perak adalah 5000 oz.
  • Dalam Forex spot, anda menentukan sendiri saiz lot yang anda mahukan mengikut kehendak anda selagi modal anda mencukupi untuk melakukan urusniaga tersebut.
  • Saiz lot yang boleh ditentukan sendiri ini membolehkan anda memulakan trade dengan modal serendah USD1 – mengikut broker. (saya akan menerangkan kemudian mengapa anda tidak digalakkan untuk memulakan urusniaga Forex berbekalkan modal sebanyak USD1).

4) Kos Transaksi Yang Rendah.

  • Kos transaksi yang rendah di mana broker hanya akan mengambil ‘bid-ask spread’ sebagai hasil mereka.
  • Bid-ask spread ini adalah beza antara harga bid dan ask. Kita akan belajar mengenai bid-ask spread ini secara detail dalam bahagian lain nanti.

5) Pasaran 24 Jam Sehari.

  • Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari mengikut sesi dagangan dunia (bermula 7.00am –Tokyo dibuka, dan berakhir jam 5.00 am keesokannya –New York ditutup).
  • Waktu dagangan 24 jam ini juga memberi kemudahan kepada trader yang mempunyai pekerjaan tetap untuk melakukannya secara sambilan diluar waktu kerja mereka.

6) Tidak berlaku penyelewengan dalam harga pasaran.

  • Pasaran Forex adalah terlalu besar dan mempunyai terlalu ramai peserta (daripada bank-bank hinggalah kepada trader kecil seperti kita).
  • Tidak ada sesiapa pun yang mampu mengawal harga pasaran. Jadi tidak akan berlaku sebarang penyelewengan oleh individu mahupun broker dalam penentuan harga pasaran.Jangan bimbang..

7) Leverage

  • Dalam urusniaga Forex, walaupun anda mempunyai nilai deposit (modal/margin) yang kecil, tetapi dengan bantuan leverage yang diberikan oleh broker, maka anda mampu bermain dengan saiz kontrak yang besar seterusnya membuat keutungan lebih banyak.
  • Tanpa bantuan leverage dari broker, anda tidak akan dapat melibatkan diri dalam ‘permainan’ ini. Kecualilah jika anda memang seorang yang terlalu kaya dan memiliki modal sekurangnya USD10 000.

8) Kecairan yang tinggi.

  • Forex adalah satu pasaran yang cukup cair.
  • Anda tidak perlu menunggu lama untuk menjual dan membeli satu-satu currency pair.
  • Hanya klik tetikus computer anda dan urusniaga anda akan terus dilaksanankan dalam masa beberapa saat sahaja.
  • Anda tidak perlu risau untuk mencari penjual dan pembeli untuk melakukan urusniaga tersebut.

9) Akaun ‘demo/praktis’, berita, carta, dan analisis percuma.

  • Kebanyakan Broker Forex online menyediakan akaun ‘demo’ untuk anda membuat latihan urusniaga, beserta berita terkini dan carta harga pasaran.
  • Semuanya adalah percuma.
  • Ia adalah bagus untuk trader-trader yang baru mengenali forex kerana berkesempatan melakukan urusniaga dengan wang ‘mainan’ yang diberikan oleh broker.
  • Anda boleh berlatih sehingga mahir berurusniaga dengan wang mainan tersebut sebelum mendeposit dengan wang sebenar dalam akaun ‘real’.

dipetik dari blog blog di bawah
disusun oleh hazaldin  topo.wb.kl


Action Forex.com/market Pivot

 

Advertisements

One comment on “FOREX / SAHAM

  1. Pingback: TANAH AIRKU “MALAYSIA “ « topography explorer@jupem

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s