SATELIT MALAYSIA
SEBELUM MEMPERKATAKAN SATELIT MALAYSIA LEBIH BAIK MENGETAHUI APA ITU SATELIT?
SATELIT
Mengikut ilmu astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.
Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi.
JENIS SATELIT
Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.
- Satelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain.
- Satelit komunikasi digunakan untuk tujuan telekomunikasi. Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan menggunakan frekuensi gelombang mikro. Kebanyakannya menggunakan orbit geosegerak atau orbit hampir geopegun, walaupun ada yang menggunakan orbit rendah bumi.
- Satelit pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui orbit untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta.
- Satelit pandu arah digunakan untuk navigasi dan pembuatan peta. Isyarat masa radio membolehkan pengguna mengetahui kedudukan mereka dengan tepat melalui sistem GPS.
- Satelit cuaca mencatat dan mengirimkan maklumat tentang keadaan cuaca dan iklim bumi.
- Stesen angkasa merupakan satu ‘bangunan’ untuk membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini telah direka untuk membolehkan ia didiami selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun.
- Satelit ketenteraan merupakan satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera.
- Satelit kecil seperti satelit mini (500 – 200 kg), satelit mikro (10 – 200 kg) dan satelit nano (di bawah 10 kg).
ORBIT SATELIT
Orbit satelit juga berbeza dari jarak 117 km hingga ke 35,000 km di atas permukaan bumi mengikut tugas yang telah ditetapkan.
- Orbit rendah bumi (Low Earth Orbit, LEO): 200 – 1200 km
- Orbit medium bumi (Medium Earth Orbit, MEO atau ICO): 1200 – 35790 km
- Orbit geosegerak (Geosynchronous Orbit, GEO): 35790 km
- Orbit geopegun (Geostationary Orbit, GSO): sejenis orbit geosegerak
- Orbit tinggi bumi (High Earth Orbit, HEO): di atas 35790 km
Orbit-orbit berikut pula merupakan orbit khusus yang digunakan untuk mengkategorikan satelit:
- Orbit Molniya
- Orbit segerak matahari (Heliosynchronous)
- Orbit kutub
- Orbit pemindahan bulan (LTO)
SATELIT MALAYSIA -razakSAT

Satellite razakSAT Malaysia
Satelit ini adalah Satelit kedua di Malaysia satelit selepas TiungSAT-1 , Kazakhstan.
Pada asalnya dipanggil MACSAT, muatan RazakSAT membawa elektro optik, satu Medium-sized Aperture Camera (MAC) yang mana adalah satu pushbroom kamera dengan lima pengesan-pengesan linear (satu pankromatik, empat multispektrum) berat kira-kira 50 kg. Pada keseluruhan berat satelit ini kira-kira 180 kg.

Pelancaran razakSAT di Guam

Pelancaran satelit razakSAT di Guam
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan semula satelit untuk RazakSAT sebagai menghormati mantan Perdana Menteri waktu itu Malaysia, Tun Hj Abdul Razak Abdul Razak atau tahu sebagai “Bapa Pembangunan Malaysia” (Bapa pembangunan Malaysia) atas sumbangan beliau kepada pembangunan Malaysia. Pelancaran ini di rasmikan olih Tun Dr Mahathir .
Satelit razakSAT di orbit
Pelancaran RazakSAT pada 03:35 UTC pada Julai 14, 2009 menggunakan satu Falcon 1 roket. Ini adalah penerbangan kelima satu Falcon 1, dan seperti penerbangan-penerbangan sebelumnya itu pelancaran adalah daripada Omelek Island dalam Kwajalein Atoll. Pada 05:25 UTC ELON MUSK, pengasas dan CEO SpaceX, pelancaran Satelit ini meryupakan satu kejayaan kepada Malaysia.

Barisan Jurutera satelit razakSAT sewaktu pelancaran di Guam,salah seorang dua dari kiri Cik Sulastery bt Abd Manap
RazakSAT® dengan berat 180kg mengelilingi bumi sehingga 14 kali dan mampu memperolehi imej atau imbasan sebanyak 6 kali setiap hari. Ketika ini, ianya di dalam fasa pelaksanaan dan operasi awal (LEOP) selama 3 bulan. Perisian pengoperasian dan panel suria telah berjaya diaktifkan. Jurutera ATSB® LEOP telah pengurusan operasi satelit semenjak ianya dilancarkan di Pusat Angkasa Negara yang terletak di Banting, Selangor dan dan Stesen bumi Agensi Remote Sensing Malaysia di Temerloh bagi tujuan memuat turun (download) imej dari satelit RazakSAT®.
Maklumat mengenai ATSB
Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB®) telah ditubuhkan untuk menaikkan nama Malaysia dalam industri teknologi kapalangkasa. ATSB® menekankan pengkhususan pada kajiselidik dan pembangunan di dalam bidang rekaan dan pembangunan sistem kelayakan angkasa yang menggunakan teknologi maju dan inovatif. Sebagai perintis dan pemimpin dalam bidang satelit kecil di Malaysia, ATSB® telah mencapai pelbagai kejayaan dalam masa yang singkat. Ini termasuk membangun, membina, melancar dan mengoperasi satelit-mikro Malaysia yang pertama, TiungSAT-1. Pengalaman dan pengetahuan tersebut telah digunapakai untuk pembangunan satelit-mikro kedua Malaysia, RazakSAT® dan juga memangkin program intensif teknologi tinggi di Malaysia.

Image pertama dari razakSAT

Bagaimana image di ambil dari razakSAT

MGRS_Satelit Remote Sensing di Temerloh Pahang

Satelit bumi di Lundu Melaka
| RazakSAT | |
| Organisation | Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. |
|---|---|
| Satellite of | Malaysia |
| Launch date | 14 July 2009 03:35 GMT |
| Launch vehicle | Falcon 1 |
| Launch site | Kwajalein Atoll |
| Mass | Instruments: 50 kg Total: 180 kg |
| Power | GaAs/Ge solar cells producing >300 W at EOL |
| Batteries | NiCd batteries (18 Ah) |
| Orbital elements | |
| Regime | Low Earth-Near equatorial orbit |
| Inclination | 9° |
| Altitude | 685 km |
| Instruments | |
| Main instruments | M
edium-sized Apertur |
- artikel dari Wikipedia dan atsb serta di susun olih:
- hazaldin topo.wb.kl
Coprright 092009


















