| PERTANIANTerdapat agensi-agensi yang bersama-sama membantu petani-petani ini memasarkan hasil pertanian mereka di samping membantu mereka jika memerlukan bantuan seperti khidmat nasihat, racun perosak dan lain-lain. Antara agensi-agensi terbabit ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Kerdau, dan Pusat Pertanian Kerdau. Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) pula merupakan antara agensi yang membantu penduduk dari segi penjualan getah sekerap. Getah-getah itu akan dikumpul di pusat pengumpulan sebelum dibawa ke tempat pemprosesan atau ke kilang-kilang berhampiran. Harga getah kini semakin naik pada pertengahan tahun 2008 iaitu kira-kira satu kilogram RM4.90 dan pada hari ini telah menjangkau ke RM8.00
Selain dari getah, Kerdau terkenal dengan dusun manggisnya. Selain manggis, buah-buahan yang terkenal di Kerdau ialah mesta, duku, durian dan beberapa buah-buahan tempatan lain.
KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan asas adalah penting bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti seharian. Kerdau dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang boleh dikatakan lengkap yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh. Antara kemudahan awam yang disediakan di sini ialah adalah sistem pengangkutan awam iaitu teksi, bas dan kereta api. Selain itu, kemudahan telefon awam, perhentian bas, taman permainan, gerai-gerai makan, surau dan dewan orang ramai turut disediakan kepada penduduk Kerdau.
Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik juga amat memuaskan di sini. Kesemua infrastruktur di situ dijaga dengan baik sekali. Ia menunjukkan bahawa penduduk amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh majlis perbandaran dalam usaha memajukan kawasan Kerdau.
KESIHATAN
Seperti kebanyakan kampung lain, Kerdau juga mempunyai sebuah klinik desa iaitu Klinik Desa Kerdau. : Dua orang Jururawat masyarakat ditempatkan di klinik ini untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk kampung. Secara umunya, klinik desa ini diletakkan di bawah pentadbiran Poliklinik Kesihatan Sanggang. Klinik ini menyediakan rawatan khusus bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah rawatan ibu mengandung dan selepas bersalin, rawatan bayi selepas lahir, khidmat nasihat perancang keluarga juga rawatan pesakit luar selain klinik bagi warga tua.
Klinik kesihatan di sini juga memainkan peranan dalam memastikan tahap kesihatan penduduk pada tahap yang baik. Antara usaha-usaha klinik ini ialah menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan semasa sesi klinik serta kempen kesihatan. Antara kempen kesihatan yang telah dijalankan ialah ceramah untuk wanita iaitu “Barah Payudara dan Menopaus”.
PENDIDIKAN

Sekolah merupakan medium terpenting bagi sesebuah kawasan. Ini adalah untuk memastikan bahawa pendidikan tidak diabaikan walaupun berada jauh dari bandar. Jika dahulu, kesedaran terhadap keperluan pendidikan adalah kurang, kini terdapat banyak sekolah yang dibina bagi melengkapkan institusi pendidikan di Kerdau. Terdapat tujuh buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah di sini.
Antara sekolah rendah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Ara, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kerdau dan Sekolah Agama Majlis At-Tarbuah. Manakala sekolah menengah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh.
Purata jumlah pelajar bagi sekolah rendah ialah antara 200 hingga 300 pelajar bagi setiap sekolah, manakala bagi sekolah agama, anggaran pelajar nya ialah kira-kira 50 orang pelajar dan sekolah berasrama penuh pula dianggarkan kira-kira 500 orang pelajar. Biro pendidikan yang bergerak di bawah seliaan JKKK juga turut memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah ini dengan harapan dapat menggalakkan pelajar untuk terus maju dalam bidang pelajaran. Para pelajar di sini juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh JKKK Kerdau. Antaranya ialah gotong- royong membersihkan kawasan kampung dan masjid.
KESELAMATAN

ihak polis merupakan badan kerajaan yang diberi tanggungjawab bagi memastikan sesebuah kawasan adalah selamat dari sebarang ancaman jenayah. Pondok Polis Kerdau terletak lebih kurang 500 meter dari Perpustakaan Desa Kerdau. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga bersama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan kampung.
Di samping itu, Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga turut membantu dalam pelbagai tugas pengawasan dan juga pemantauan keselamatan di kampung Kerdau. RELA Platun Kerdau misalnya mempunyai 40 orang anggota sukarelawan sering menjalankan aktiviti menembak musuh-musuh tanaman kepada seperti tupai dan lain-lain. RELA dan JKKK juga dilihat sebagai gandingan yang mantap untuk mewujudkan penempatan yang selamat dari sebarang ancaman jenayah.
dipetik dari ktaktelecentre
dibawa ke blog topography explorer oleh hazaldin |
02/04/2012 pada 12:31 pm
Suatu blog yg sgt berguna…banyak maklumat & tersusun kemas/menarik…tahniah abg din
replikan itu sebenarnya replika buah mesta (disebut “meste”). Tak serupa dan tak sama dgn manggis walau ada iras…bentuk meste lonjong, ulas-ulas buahnya kecil dan kering, rasanya manis semata (manggis masam2 manis), saiznya rata2 lebih kecil dari manggis
03/04/2012 pada 10:05 pm
Sy cadangkan supaya bandar kerdau di bangunkan pembangunan mengikut peredaran zaman sbb kalau hendak disebut pekan koboi , koboi pun tidak megaku ..