ULEK MAYANG
Salam semua, semalam tengok dah ada promo untuk drama ulek mayang, menarik jugak so apa lagi gagah ler mengoogle macam biasa, dan jumpa jugak sumber dari gua.com.Drama ulek mayang ini diadaptasikan dari mitos Ulek Mayang menemui para penonton di slot Lagenda TV3 mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. yang mana menggantikan Drama Siti Kelembai.
Persandingan Rashid Sibir
Rashid Sibir
fezrul
fezrul Khan
elly mazlein
elly_mazlein
sabrina-ali-shahrin
sabrina ali danariyana
Fizo

Drama Ulek Mayang ini diterbit dan diarahkan oleh Rashid Sibir daripada Rashbir Media Sdn Bhd, drama 20 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali. Kebiasaanya kalau drama hasil rashid sibir nie memang best, takpe sama-sama kita saksikannyai,
SINOPSIS DRAMA ULIT MAYANG
“Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu.
Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.
Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati.
Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.
Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?……
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
LOKASI PENGAMBARAN
Pantai Teluk Bidara terletak bersebelahan dengan Kuala Sungai Dungun. Pantai ini merupakan sebuah pantai yang cukup cantik dan menarik. Keindahan semulajadinya pasti memukau para pengunjung. Di hujung Pantai Teluk Bidara ini, terdapat sebuah bukit yang telah dibina di atasnya sebuah rumah api. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan indah pantai ini dari puncak bukit tersebut.
Pantai Teluk Bidara ini telah dipilih sebagai lokasi penggambaran drama Ulik Mayang yang bakal ditayangkan di Slot Lagenda TV3. Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan watak utama drama Ulik Mayang ini ialah Elly Mazlin dan Fezrol Khan. Penggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Selain Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong turut dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini.
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Sumbangan Abang Zack
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
- artikal dari alamterengganu
- di susun semula
- oleh hazaldin
Copyright Nov 2010
































