SEJARAH JABATAN UKUR

Bangunan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia  JUPEM di Jalan Semarak _ Klik hazis untuk maps JUPEM

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMATAAN

Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir Bin Taib, DSDK, SDK, KMN

TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR & PEMETAAN MALAYSIA

Ahmad Fauzi Bin Nordin, JSM, KMN

SEJARAH PENUBUHAN

2.1    SEJARAH PENUBUHAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA  ( JUPEM )

Peta kadaster pertama yang diketahui bertarikh tahun 1885 dan bersangkutan dengan plot tanah dalam kawasan Gunong Pulai. Ini menunjukkan jabatan ukur paling awal telah ditubuhkan pada 1885 di negeri Johor namun kerja – kerja pengukuran itu sendiri telah berlaku sejak dahulu lagi. Ini berikutan timbul isu – isu dan masalah tentang pemilik tanah yang memberi laluan kepada pengenalan        cara – cara pengukuran yang dipraktikkan oleh negeri – negeri di bawah kumpulan seperti Negeri – Negeri Selat, Negeri – Negeri Melayu Bersekutu dan              Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Namun begitu, titik tolak penubuhan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia itu sendiri bermula pada tahun 1885 di negeri Johor.

Perayaan 100 tahun Jabatan Ukur & Pemetaan 1985_ penulis yang berpeluk tubuh dan menjenguk berkemeja putih

Seksyen Ukur Trigonometri telah dimulakan pada tahun 1885 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Perak. Seksyen ini telah diasingkan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 1887 menjadi Jabatan Ukur Trigonometri Perak dengan G. A. Lefroy sebagai ketua juruukur. Beliau menolak  untuk bertanggungjawab terhadap hasil ukur daripada pejabat tanah dibawah Pesuruhjaya tanah dan ini menyebabkan penubuhan  Jabatan Hasil Ukur Perak dibawah J.P. Harper. Bangunan jabatan di Taiping telah disiapkan dan diduduki pada tahun 1890. Dalam pada itu satu pejabat ukur yang berasingan telah beroperasi di Batu Gajah oleh juruukur kontrak, C. Alma Baker pada tahun  1892 – 1899. Beliau mempunyai sebilangan besar kakitangan juruukur berlesen Eropah, juruukur Asia dan pelukis pelan. Jabatan Hasil Ukur mengambil alih pejabat itu pada tahun 1899 dan         kerja – kerja kontrak ditamatkan pada tahun 1907. Jabatan Ukur Negeri Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1891. Sehingga 1896, kerja-kerja ukur telah dijalankan oleh kedua-dua jabatan dan juruukur berlesen yang dikontrakkan, semuanya dibawah kawalan Ketua Juruukur Selangor. Negeri Pahang dan Negeri Sembilan telah menubuhkan Jabatan Ukur sendiri masing-masing pada tahun 1889 dan 1897.

Penglibatan JUPEM di dalam kerja kerja menyelamat sewaktu Tragedi Highland Tower Tumbang

Sejarah awal penubuhan organisasi persekutuan bermula apabila Jabatan Ukur Trigonometri Perak kemudiannya diberi nama Ukur Trigonometri          Negeri – Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1902. Pada waktu itu, terdapat pemasalah pentadbiran berkaitan status dan skop Ukur Trigonometri yang nyata daripada apa yang ada dibeberapa Jabatan Hasil Ukur Negeri yang dibawah penguasaan Residen dan Persekutuan dibawah penguasaan Penguasa Tanah. Kesulitan ini menyebabkan Setiausaha Kerajaan Negeri menghantar Major E. H. Hills untuk membuat laporan mengenai keadaan itu. Jabatan Hasil Ukur di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang ditadbir secara berasingan,       bersama – sama dengan Ukur Trigonometri Negeri – Negeri Melayu Bersekutu bergabung secara rasmi kepada Jabatan Ukur Negeri – Negeri Melayu Bersekutu dibawah Pengarah Ukur pada 1 Januari 1909. Jabatan Ukur Negeri – Negeri Selat   ( Pulau Pinang, Melaka dan Singapura ) kemudiannya bergabung dengan organisasi persekutuan pada bulan Mei 1920. Pada tahun 1910, Jabatan Ukur Negeri talah ditubuhkan di  Kedah dan Kelantan dan serentak dengan itu pegawai – pegawai daripada Jabatan Ukur Negeri – Negeri Bersekutu dipinjamkan kepada mereka dan juga kepada Jabatan Ukur Negeri Johor. Pada tahun 1918, Kerajaan Negeri Perlis bercadang meletakkan kerja ukur dibawah kawalan Ketua Juruukur Negeri Kedah. Jabatan Ukur  Negeri Kelantan dan Terengganu masing – masing telah bergabung dengan organisasi persekutuan pada tahun 1923 dan 1926.

Pada peringkat awal penubuhan jabatan ukur persekutuan ( 1909 ),         usaha – usaha telah dibuat bagi menjalankan aktiviti dngan menubuhkan beberapa cawangan jabatan. Pada permulaannya,jabatan mempunyai lima cawangan iaitu Cawangan Topografi, Cawangan Pengeluaran Peta dan Pembaikan Alat, Cawangan Ukur Trigonometri, Seksyen Perkhidmatan ‘Meteorological’ dan Cawangan Jabatan Hasil Ukur.

Semasa perang tercetus pada tahun 1939, Pengarah Ukur telah mengarahkan supaya memelihara dan menjaga rekod dan salinan semua peta dihantar ke India. Sebagai tambahan, jabatan telah mengambil langkah kerja – kerja seperti ukur khas untuk pihak tentera, penapisan, kawalan makanan, pengangkutan dan kerja-kerja catuan petrol dan juga kerja-kerja sukarela. Syarikat ukur dibawah Major I.C. Booth telah berusaha di Tanjung Malim pada akhir Disember 1941 dengan kekuatan 200 orang dan telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga dibubarkan di Singapura pada tahun 1942. Seksyen Pengeluaran Peta cawangan Kuala Lumpur terus beroperasi sehingga Januari 1942 walaupun dihalang dengan serangan udara dan cawangan kedua yang beroperasi di Singapura sehingga pembubarannya apabila peta dan peralatan yang ditinggalkan dimusnahkan. Beberapa ton rekod-rekod ukur yang berharga bertujuan untuk produksi pemetaan baru berpusat di Batavia, Jawa telah dialihkan ke Australia dimana telah diberikan kepada Pihak Berkuasa Tentera Australia, dan rekod-rekod itu kemudiannya dipulangkan semula dalam keadaan baik selepas perang pada tahun 1946.

Pada peringat awal selepas tamat zaman peperangan, usaha – usaha untuk pembangunan semula, menyelesaikan masalah yang timbul akibat peperangan serta penempatan semula bantuan yang diterima dari Penguasa Ukur Jajahan telah dijalankan. Pada tahun 1947, keputusan telah diambil bahawa ‘the Rectified Skew Orthomorphic Projections’ sepatutnya diambil untuk kesemua ukur pemetaan. Sehingga tahun 1950, sebahagian daripada program pemetaan topografi telah diambilalih oleh Penguasa. Beberapa pembentukan undang – undang berkaitan ukur dan pemilikan tanah telah dikeluarkan selepas perang iaitu Ordinan Juruukur Berlesen ( 1958 ) dan Kanun Tanah Negara ( 1965 ).

Selepas  tamatnya Perang Dunia II dan pemerintahan Tentera British, kesemua Jabatan Ukur yang berasingan telah digabungkan dibawah Pengarah Ukur, Malayan Union dan Singapura. Ia kemudiannya ditukarkan kepada Pengarah Ukur Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1962, jabatan telah berpindah dari Jalan Tun Perak ke bangunan sendiri iaitu di  Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang mana telah dibuka secara rasminya pada  25 September 1962. Tan Sri Haji Mohd. Yatim bin Yahya telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Ukur yang pertama pada              4 Februari 1963. Jabatan Ukur Persekutuan telah bertukar nama sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang mengandungi Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan 10 Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri kecuali Negeri Kedah dan Negeri Perlis dimana diletak dibawah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah/Perlis. Pada tahun yang sama, kerajaan telah meluluskan penubuhan Lembaga Pemetaan Negara, Malaysia yang menyelaras generasi, menyelenggara dan pemakaian maklumat spatial terutamanya dikalangan agensi-agensi kerajaan. JUPEM Wilayah, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada  January 1979. Ini diikuti dengan penubuhan Jabatan Ukur Topografi Sabah bulan Oktober 1983 dan Jabatan Ukur Wilayah Persekutuan Labuan pada April 1984, Jabatan Ukur Topografi Sarawak pada Disember 1989, dan Jabatan Ukur Negeri Perlis pada November 1995. Jabatan Ukur Negeri Perlis kemudiannya telah dipisahkan daripada Jabatan Ukur Negeri Kedah/Perlis.

Sejarah ukur di Malaysia dan sejarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia saling berkait rapat diantara satu sama lain walaupun situasi awal, pengukuran telah dibuat dan ditadbir oleh agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Pejabat Tanah Negeri dan Juruukur Berlesen. Jabatan ukur bebas yang pertama, Jabatan Ukur Johor telah ditubuhkan dalam tahun yang sama dengan kemerdekaan Negeri Johor dalam tahun 1885 daripada Empire Johor dan ini menunjukkan yang jabatan tersebut merupakan salah satu jabatan yang tertua di Malaysia. Selepas 121 tahun jabatan ini telah mengharungi pelbagai cabaran, JUPEM kini dalam usaha mempromosikan diri sebagai pusat keunggulan aktiviti ukur dan pemetaan di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan ukur dan pemetaan yang efisyen dan berkualiti tinggi termasuklah perkhidmatan penyebaran maklumat geospatial selaras dengan keperluan negara.

2.2 SEJARAH PENUBUHAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI SELANGOR.

Pada zaman sebelum peperangan, negeri Selangor berada di bawah     Negeri – Negeri Melayu Bersekutu. Juruukur pertama yang diambil bekerja di Selangor ialah D.D. Daly. Beliau melaporkan diri pada 10 Mei 1875 dan digajikan untuk merintangi sungai dan jejak dengan objektif membuat secara kasar kedudukan peta negeri. Empat orang juruukur berlesen Australia – Welford, Irby, Raymond and G. M. Stafford telah digajikan oleh Pengutip Hasil Tanah Selangor pada tahun 1889.

Jabatan Ukur Negeri Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan berpejabat di Kuala Lumpur. Sehingga 1896, kerja-kerja ukur telah dijalankan oleh kedua-dua jabatan dan juruukur berlesen yang dikontrakkan, semuanya dibawah kawalan Ketua Juruukur Selangor.

Selepas zaman peperangan dan bergabung dibawah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Ukur Negeri Selangor telah bertukat nama kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor. Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor telah berpindah ke Shah Alam dan berpejabat di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada tahun 1972. empat tahun kemudian, Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor telah berpindah pula ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada tahun 1995, Pejabat Ukur Daerah Selangor Timur dan Barat telah berpindah ke Bangunan Tabung Haji Klang. Dan pada tahun 1998, Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor telah berpindah ke Plaza Masalam, Shah Alam. Sehingga kini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor masih beroperasi di bangunan yang sama.

CARTA ORGANISASI  JUPEM

Artikal rujukan dari Wikipedia

dan di susun olih hazaldin twbkl

Copyright 2008

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s