PANDUAN PENGUCAPAN AWAM


    SEDIKIT LAWAK 


  1. Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
  2. Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan
    dengan orang ramai.
  3. Anggap khalayak sebagai rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
  4. Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
  5. Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual
    dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.
  6. Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda
    tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
  7. Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
    mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
  8. Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
    gementar serta tertekan.
  9. Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
  10. Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
  11. Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik,
    maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.
  12. Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
    berlatih.
  13. Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
    muzik.
  14. Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan
    tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
  15. Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan
    mereka.
  16. Ketahui khalayak anda sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan
    sebagainya.
  17. Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
  18. Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
  19. Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
  20. Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
  21. Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
  22. Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda.
  23. Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
  24. Minum air kosong untuk membasahkan tekak.
  25. Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan
    selain memburukkan keadaan.

8888888888888888888888888888888888888888888888888</p
HOLY MATRICMONY – RUBY AHMAD

 

PETUA KEDUA
<p style=”text-align:justify;”>Langah Pertama : Bercakap dengan mereka seolah-oleh kita sedang membayangkan   sesuatu. Dengan menggunakan kaedah ini audience akan menggambarkan sesuatu dan akan menggerakkan seluruh perhatian mereka kepada apa yang kita minta digambarkan. “ Cuba tuan-tuan bayangkan bagaimana Negara kita penuh dengan sampah sarap ” atau “ saudara-saudara bayangkan kita sedang berada di tepi tasik yang indah.”.

Langkah Kedua : Ceritakan keadaan sebenar yang sedang berlaku. Mainkan perasaan audience dengan bercerita secara berkesan seperti gunakan intonasi rendah dan sedih, gunakan gambar-gambar kejadian tersebut dan lain-lain. Secara tidak langsung akan tergerak hati audience untuk memikirkan apa yang kita perkatakan.

“ Beginilah keadaan universiti kita sekanag. Sampah merata tempat, jalan berlopak-lopak dan tandas diconteng oleh pelajar. Inilah pula gambar keadaan universiti kita sekiranya bersih dengan halaman yang cantik serta pemandangan yang indah. Jadi kita perlu bekerjasama sama mengembalikan suasana ini.”

“ Inilah kedaan riangnya pelajar-pelajar SPM yang cermerlang dan pernah mengikuti program kami pada tahun lalu. Saudar juga boleh cemerlang seperti mereka. Jadi sertailah program kami ini untuk menjadi seperti mereka”.

Langkah Ketiga : Beri penjelasan tentang aktiviti yang hendak dijalankan dan tunjukkan bukti supaya audience yakin.

“ Inilah rentetan cerita seorang usahawan yang berjaya. Dalam masa 15 bulan sahaja beliau telah berjaya menjadi jutawan. Ingin tahu rahsianya. Saya akan terangkan satu persatu”.

Langkah Keempat : Tarik minat mereka membayangkan faedah dan keistimewaan yang akan mereka rasai selepas melakukan aktiviti ini. Kajian menunjukkan manusia lebih suka mengetahui faedah yang akan diterima berbanding kerja yang dilakukan.

“ Bayangkan apabila kita sudah berjaya, kita akan kecapi kejayaan yang cukup berharga. Ibu Bapa akan seronok dan gembira dengan keayaan kita. Kita akan berbakti kepada masyarakat dengan bertanggungjawab”.

Langkah Kelima : Ajak mereka memikirkan apa yang boleh dibuat untuk menjayakannya.

“ Kita berharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap kerja ini.”

PETUA KETIGA

TIPS PEMBENTANGAN MEMIKAT

Biasanya, sebut saja pablik speaking (public speaking), mesti takut, gemuruh, naik berpeluh satu badan. Kenapa ya? Sebab kita tidak biasa berucap di depan ramai orang walaupn keluarga juga rakan-rakan.
Sebab? Kita jarang berdepan ratusan orang! Kita lebih selesa mengelak, memerhati dari jauh. Macam-macam perasaan ada jika dijemput berucap. Jangankan berucap di depan ratusan orang, membuat pembentangan di kelas sendiri pun takut-takut, segan pun ada.
Adakah ini salah satu masalah Anda? Bagaimana nak mengatasinya? Cara paling baik nak melawan apa yang kita takut, adalah dengan mendepani rasa takut tu, kemudian buat.
Misalnya, jika kita takut hantu, cara nak mengatasi masalah ni adalah dengan cari kat mana hantu ada, lepas tu, berdiri berdepan dengan hantu sebanyak yang mungkin, sekerap mungkin. Lama-kelamaan takut kita hilang sendirinya, jadi konpiden pulak tiap kali nampak hantu.
Ingat tak rancangan Fear Factor? Setiap peserta ada ketakutan tersendiri, sama ada takut tempat tinggi, takut serangga, takut benda-benda busuk seperti limpa lembu, daging busuk atau takut berada dalam kenderaan laju. Ada yang berteriak macam histeria, ada yang migrain tetiba, menangis, ada yang pengsan serta merta.
Tapi, setiap peserta berjaya mengharungi kesemua ketakutan mereka, bahkan menguasai rasa takut kerana mereka melawan ketakutan sekuat mungkin dengan mengalaminya sendiri, seperti contoh takut hantu di atas. Selepas beberapa minit, mereka sedar yang mereka boleh mendepani ketakutan mereka dengan penuh yakin!
Sama juga dengan pembentangan memikat. Nak memiliki skill pembentangan memikat (terutama untuk pelajar pengajian tinggi atau aktivis), Anda perlu kuasai rasa takut bila berada di depan ratusan orang. Cemana nak kawal rasa takut?

PETUA KEEMPAT

Melatih kekuatan minda

Lebih banyak Anda menggunakan minda, lebih tajam pemikiran Anda, lebih banyak idea-idea kreatif tercetus tetiba. Berfikir lebih banyak, membayangkan sesuatu lebih banyak dari biasa dapat mengaktifkan minda, tapi tak akan menjadikan Anda gila atau “mereng” seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang skeptik dan orang-orang pesimis.

3 cara berkesan melatih kekuatan minda adalah:

1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas - latih diri Anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.

Misalnya, 12X36, 35+42, 342-177. Selesaikannya melalui bayangan minda atau melalui tulisan di atas kertas.

Lakukan dengan pantas!

Lebih banyak Anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda Anda semakin bertenaga, aktif, semakin tajam.

2. Bersuara dengan kuat – menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara Anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.

Pergerakan darah Anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh Anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.

3. Pernafasan terarah – Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.

Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda Anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.
Bagaimana yang dikatakan minda yang kuat?
Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat, memperoleh gerak hati yang tajam.

Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif Anda.
Lagi satu, Anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa Anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya.
Anda sungguh bertuah, sebab maklumat ini tak didedahkan ditempat lain.

Gunakan ia sebaik mungkin.

PETUA KELIMA

PERNAHKAH anda rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila dimarahi ketua juga marah apabila disisihkan rakan sepejabat?

Sekiranya anda seorang pelajar, barangkali rasa malu menyelinap diri apabila dileter guru.

Si peniaga pula mungkin kurang bersemangat apabila perniagaan merudum atau rakan sekerja kurang memberikan kerjasama hingga menyebabkan pelbagai masalah lain melanda.

Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?

Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

-Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

-Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

-Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

-Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.

-Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

-Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

-Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.

-Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.

-Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya.

-Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.

2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.

Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.

Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.

3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.

Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.

Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

PETUA KEENAM

MENANGANI SIFAT MARAH

Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik & mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda. Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmonian rumah tangga. semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda
Langkah 1 ( Teknik 5 saat )
Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalam. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit. 

Langkah 2 ( Teknik 10 saat )
Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.

Langkah 3 ( Teknik 30 saat )
Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melagakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.

Langkah4 ( Teknik 45 Saat )
Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah iti, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.

Langkah 5 ( Teknik 60 saat )
Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan, tolenransi, murah hati, tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan di tempat muda untuk anda melihatkannnya. Di perjabat anda boleh menampalnya di atas meha kerja anda atau di rumah, tampalkan di cermin solak anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah. Lihatkan kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahasa diri anda sebenarnya amat di hargai.

8888888888888888888888888888888888888888888888

PANDUAN BERUCAP DI HADAPAN AWAM

PETUA KETUJUH

Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak awam.

Saya juga tidak terkecuali mengalami perasaan tersebut. Dengan mempelajari teknik-teknik yang betul maka lama-kelamaan rasa gemuruh dan gementar dapat di atasi dan dikawal apabila telah terbina keyakinan diri setelah berulangkali berceramah.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca teknik-teknik pengucapan awam yang mudah dan berkesan.

1)Ada niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.Niat dan azam akan mencetuskan semangat yang akan memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa mengelakkan diri maka sampai bilapun kita akan berasa takut .

2)Mula membuat pemerhatian pada perucap-perucap untuk kita jadikan sebagai penduan. Dengar nada pertuturan dan ucapan dari aspek nada tinggi rendah. Lihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka mereka.

3)Perlu buat persediaan sebelum berucap. Sediakan rangka dan isi yang ingin kita sampaikan. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apa keperluaan mereka mendengar isi ucapan kita.Buat rujukan yang perlu.
4) Buat latihan denga menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di depan cermin. Perucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks.

5) Jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

6) Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap dahulu dalam pentas minda anda.’Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda lhat,dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini hanya untuk menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai

7) Penerimaan diri. katakan : khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan merasakan yang terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Fokus pada ucapan anda bukan pada kelemahan anda.Katakan : Apa sahaja yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka dan aku akan baiki dari masa ke semasa. Aku seronok dengan pengalaman baru yang aku lalui.Aku suka dengan diriku dan aku suka dengan khalayak yang mendengar ucapan ku. Aku hargai mereka.Aku sayangi mereka.

8)Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif akan juga turut dirasai oleh khalayak anda.

9) Pandangan pertama (first impression)- Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda. Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi khalayak anda perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya dapt diwujudkan keserasian

10) Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15% isi 70% dan penutup 15%

11) Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. Terima ia seadanya dan beritahu pada diri : khalayak ku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan dengan perasaan debarku hilang bersama hembusan nafasku.Katakan ;Aku sedah benar-benar bersedia dengan ucapan ini.

12)Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan kesalahan anda pada masa berucap.

13) Sulamkan ucapan anda dengan jenaka .

14) Pastikan anda tidak berucap seperti menaburkan peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang ,jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata anda berserta dengan ruh, jiwa,emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda ‘HIDUP’.Gunakan pergerakan tangan ,kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan anda.

15) Hubungan mata(eye contact)- Dalam perhimpunan khalayak yang ramai hubungan mata anda fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan pada bahagian tengah kemudian khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan diikuti khalayak penjuru kanan di belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagiang tengah. Cara ini membolehkan ‘kuasa pandangan mata anda akan ‘mengikat’ khalayak anda untuk mendengar dan melihat anda dengan penuh minat
16) Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda.

17) Datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi supaya anda tidak kelihatan kelam kabut.

18)Alat bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung,pen marker, sistem audio, laptop dan lcd dengan menggunakan power point atau sebagainya.

19 ) Perkara yang paling penting doa seperti doa rabbi srahli sadri wayassirli amri….hingga akhir

Selamat berucap!

Artikel dari minda.blogspot di susun oleh hazaldin twbkl
pautan 

Youtube pengucapan awam

dipetik dari fitrahalam08
disusun oleh hazaldin topo.wb.kl

One response to “PANDUAN PENGUCAPAN AWAM

  1. Salam Tuan,

    Saya amat bersetuju dengan pendapat pihak tuan mengenai topik yang dikongsikan oleh tuan. Saya juga sememangnya terlibat secara langsung dalam bidang pengucapan setiap hari. Saya perlu berhadapan dengan audiens semasa mengendalikan kursus dan seminar kepada audiens saya yang bergiat dalam bidang Pengurusan Kewangan. Kebanyakan mereka juga memerlukan Kemahiran Pengucapan Awam yang efektif apabila mereka membuat Pembentangan Jualan di hadapan bakal pelanggan mereka.

    Saya juga amat bersetuju bahawa sebagai penceramah, motivator, pengucap atau trainer, teknik bahasa badan memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan ucapan. Jika dilihat dari statistik, 38% dari komunikasi harian kita diukur melalui Bahasa Badan. Bahasa badan seperti Berdiri Tegak, Isyarat Tangan, Senyuman & Mimik Muka memberika impak yang amat berkesan dalam Pengucapan Awam. Jadi, trainer sentiasa perlu peka terhadap apa yang diucapkan dari bibir mereka. Lengokan tangan, senyum, berdiri dengan yakin merupakan antara elemen – elemen yang penting perlu diberi perhatian setiap masa dalam ucapan.

    Teknik yang diberikan amat baik dan the BEST kerana ia merangkumi teknik dari permulaan hingga tamat setiap pengucapan.

    Saya doakan agar ilmu yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Teknik Kemahiran Berucap.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s