KE TANJUNG PIAI

tanjung piai sunrise

matahari terbenam di tanjung piai

Tanjung Piai
merupakan kawangan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian. sambungan…………..

jeti tanjung Piai

Jeti Tanjung Piai

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercutanda dibina di sini bagi menandakan ‘Tanah Terselatan Benua Asia’ yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.Sambungan……………

jeti tanjung piai untuk meninjau sekitar hutan bakau

Jeti untuk meninjau sekitar hutan bakau tanjung piai

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

tanjungpiai3-map-hujung benua asia

Peta kedudukan Tanjung Piai di hujung benua Asia.

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.Sambungan…………..

homestay tanjung piai

homestay tanjung piai

Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.

Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai.

Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu.

SEKSYEN TOPOGRAFI DI TG PIAI

Seksyen Topografi Wilayah Barat pernah menjalankan kerja Pemetaan di sekitar daerah ini.Kerja Ukuran Titik Kawal Bumi Tanjung Piai.Di antara Pegawai yang terlibat.En Mohd Shah dan En Hazaldin,En Halim dan lain lain sebab kerja di sana telah agak lama jadi ingatan tentang nama nama pegawai yang terlibat sudah lupa…

88888888888888888888888888888888

Tip Tanjung Piai…Tanjung Piai ini juga merupakan di Peghujung benua Asia yang paling selatan.

Pelbagai kemudahan Pengangkutan untuk sampai kesini melainkan bas.

Teksi

Tanjung Piai terletak kira-kira 75 km dari Johor Bahru. Pada masa ini tiada perkhidmatan bas ekspress disediakan untuk ke Taman Negara Tanjung Piai. Perkhidmatan teksi boleh didapati dari stesen bas Pontian di pusat bandar untuk sampai ke Sungai Belukang iaitu pintu masuk ke Tanjung Piai. Pastikan anda menempah perjalanan kembali ke pusat bandar dari Tanjung Piai dengan pemandu teksi tersebut.

Kereta

Dari Kuala Lumpur, masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke Machap. Ambil susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuhraya yang menghala ke Tanjung Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup (Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95). Sampai sahaja di Kukup, ikut arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tg Piai.

Penginapan

Taman ini telah mejadi sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda tidak gemar berkhemah, anda boleh melawat Tanjung Piai tanpa perlu bermalam di sini. Anda boleh memilih untuk bermalam di salah sebuah hotel atau tempat penginapan lain yang lebih selesa di bandar Johor Bahru.

bot tanjung piaiEndau-Rompin-Park

jeti Tanjung Piai Small-2

tanjung piai sunrise

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s