KE PULAU PANGKOR

Sedikit maklumat mengenai pulau Pangkor
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Gugusan Pulau Pangkor
Pulau Mentagor
Pulau Pangkor Laut
Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)
Cara ke sana
- Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.
- Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk berkelah di Pulau Pangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
- Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, anda ikut susur keluar di Gopeng dan masuk ke arah Lumut / Sitiawan
- kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang.
- Sekitar pulau Pangkor, boleh sewa bas dengan kadar RM40.00 pusing satu pulau.sambungan…

Sejarah
Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai sultan Perak . Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. sambungan..

Selain menjalankan kerja disekitar Pulau Pulau dan disekitar Lumut ada waktunya kami bercuti,bercuti bukan lah bermaksud kami sengaja tidak mahu bekerja tetapi kekadang bila bekerja di Pulau pulau ini,keadaan laut bergelora,angin hujan sangat sangat memainkan peranan,walaupun kami mahu menyiapkan kerja secepat mungkin tetapi pemandu bot tidak berani turun kelaut kerana laut ombak kuat jadi terpaksalah kami cuti.Jadi untuk mengisi masa yang terluang masing masing menjalankan berbagai aktiviti,bagi saya disinilah waktunya untuk jalan jalan.
Pagi lagi kami ke Jeti Lumut,ambil tiket feri RM10.00 seorang untuk pergi/ balik,sampai seberang [ Pangkor ] ambil motosikal RM12.00 seorang untuk 3 buah motosikal RM60.00 kongsi 5 orang.
Sampai Pantai Teluk Nipah ambil bot lagi RM50.00 untuk round pulau pulau kecil sekitar pangkor serta mandi manda,kebetulan bawa SLR dengan Nikkon 55mm - 300mm Zoom lens lah tu apa lagi tembak aje la.. nak tengok apa yang di tembak klik disini…
Hari dah petang tapi belum makan, mandi punya pasal lapar taa pa.. dah habis round pulau pulau ikan pun dah bagi makan dengan biskut tapi kami sendiri belum makan. Sampai balik pantai teluk ni[ah dalam pukul 4.00 ptg makan selera bukan main lapar lah , lepas makan balik lah tapi didalamm perjalanan balik sempat juga singah kat hotel ambil gambar.. Sampai Pekan Pangkor shoping ikan bilis,keropok kemudian balik dengan bot pukul 6.30 ptg.
Senarai tempat tempat menarik sekitar pulau Pangkor
- Teluk Nipah
- Pasir Bogak
- Pangkor Laut
- Pulau Sembilan
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Kilang ikan bilis
- Teluk Chempedak
- Teluk Penyu
- Pantai Puteri Dewi
- Teluk Belanga
- perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
Terdapat dua Masjid utama di Pulau Pangkor selain Surau;
- Masjid Al-khairiah Sungai Pinang Kecil 32300 Pulau Pangkor Perak
- Masjid Telok Raja Bayang Pekan Pangkor 32300 Pulau Pangkor Perak
Pautan pautan
Pangkor sila Klik


















