KE JAKARTA/BANDUNG

[slideguest id=2954361355575323560&w=350&h=262]

Untuk melihat photo yang lain sekitar lawatan sila Klik di sini

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Melancung merupakan satu hobi yang menyeronokkan, tetapi untuk melakukannya memerlukan kos yang agak banyak juga, atas kesedaran itu saya dan keluarga mengambil keputusan mengumpul sedikit demi sedikit untuk menjadikan kos mencukupi bagi menjalankan aktiviti makan angin ini.

Pada 12.12.2006 sampai juga hajat untuk menjejakkan kaki ke Jakarta, kami sampai ke Lapangan terbang Sukarno Hatta lebih kurang jam 5.00 ptg dan pehak agency telah menunggu kami,suasana di airport Sukarno Hatta ini membuat kita berhati hati dengan ulat ulat yang mengangkat barang kita,masing masing menawarkan tenaga dan mengharapkan imbuhan yang seolah olah memaksa kita menerima pertolongan dari mereka,tetapi perlakuan begini telah di peringatkan olih kawan kawan yang telah beberapa kali ke Jakarta ini,kalau tiadak mahu jangan sekali kali membuka mulut jika ada yang menawarkan pertolongan.

Satelah sampai di Hotel Alia Cikni [ Peta Jakarta ]Jakarta isteri saya terkejut kerana bag nya tidak bolih dibuka kunci,saya pun mencari kunci dan bertambah lagi terkejut kerana memang tidak bolih dibuka kerana bag pakaian itu bukan lah bag isteri saya bag orang lain,ini adalah gara gara bag serupa telah tertukar ketika di Airport tadi,bag nya memang betul betul serupa cuma bezanya bag kami tidak ada nama dan alamat tetapi bag ini mempunyai nama dan alamat yang empunya.

Pagi 13.12 bermula lah lawatan kami,dengan menaiki van yang di pandu olih pemandu agency yang merangkap guide pelancungan mula memberikan maklumat dan penerangan mengenai apa yang ada sekitar kiri dan kanan laluan perjalanan kami.Distinasi yang di tuju ialah Puncak dan Bandung,[di Puncak ini ada sesuatu yang amat di kenali ialah Kahwin kontrak].saya yang duduk di hadapan tidak ketinggalan membuat pengambaran video clip sekitar perjalanan.

Perjalanan kami ke Bandung melalui perkampungan yang mempunyai penduduk yang padat,saya lihat tiada tempat yang tidak berpenduduk tiada tanah yang terbiar kosong semuanya ada tanaman dan perumahan,sekitar ke Puncak melaluai perkampungan seperti Kedungmanggu,Cipaseban di Cipaseban ini di kelilingi olih gunung dan bukit yang tinggi ada satengah gunung merapi ini masih aktif.Kami juga melalui Telaga Warna [ utk mengetahui sila klik disini ].satelah melepasi Cipaseban akan melalui puncak,di Puncak ini amat di sukai kerana udaranya yang nyaman dan sama dengan di Cameron Highland di Malaysia.Dan pekan pekan yang dilalui saperti Chibodas,Sukamahi,Chiandjur,Cimangsud,Chipadalarang,Tjimahi dan baru lah sampai ke Bandung.

Di Bandung kami bermalam di Hotel Suria Indah Cottage Puncak Bandung,sebelum malam sempat juga bersiar sekitar pekan Puncak kerana besoknya tiada peluang lagi kerana pagi lagi kami akan berlepas ke Puncak Gunung Tangkupan Perahu yang menurut penduduk setempat gunung berapi ini mempunyai Lagendanya tersendiri.

Pagi lagi kami pergi ke Telaga air panas Sari Ater[ Bandung bergoyang ] Bandung,dan membuat lawatan kesekitar pusat membeli belah di Bandung sebelum bermalam di hotel Seri Mutiara Bandung satu satu nya hotel 3 bintang di Bandung,besok perjalanan balik ke Jakarta.

Dari Bandung ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan,sebelum kehotel penginapan kami di bawa bersiar sekitar Taman Disney Jakarta di Ancol Disney,disini mempunyai berbagai permainan saperti kalau di Malaysia di Taman Tema Genting atau di Sunway Piramid[ Map Kuala Lumpur],satelah itu bermalam di Hotel Alia Cikni semula.

Pagi sebelum kami ke Air Port Sukarno Hatta kami di bawa melawat Monument Jakarta iaitu Tugu Monas, di puncak Tugu ini terdapat emas tulin seberat 52kg dan kawasan sekitar tugu Monas ini sangat luas dan kepada sesiapa yang berminat untuk menaiki kuda disini disediakan kepada sesiap pengunjung yang berminat.Selesai di sini kami ke Air Port Sukarno Hatta untuk pulang ke Malaysia.

Isteri saya baru pulang dari Jumber dan malang beliu menghantar Bibi kami pulang bercuti dikampung Jumber.S ebelum pulang beliu sempat singgah di tempat bencana Lumpur Lapindo ini dan dapat menyaksikan serta membuat rakaman video bagaimana gas gas yang keluar dari perut bumi ini bergolak, bagaimana kita melihat nasi atau kalau di Malaysia ini dodol yang sedang dimasak mengelegak begitu lah keadaannya entah bila berhentinya bencana ini tidak diketahui…hanya allah sahaja yang tahu.harap bersabar lahkepada para korban bencana ini dan banyak banyak bertaqwa kepada allah s.w.t takziah dan simpati dari saya..sebelum pulang,sempat juga isteri saya membeli VCD korban Lumpur Lapindo katanya hasil dari kutipan jualan VCD ini akan di dermakan kepada tabung Bencana lumpur Lapindo.Untuk melihat photo sekitar ke Jumber dan Malang sila klik disini

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s