KURSUS DI INTAN SABAH

Tahun 2010 saya pernah memohon untuk berkursus ke INTAN Sabah tetapi permohonan saya tidak berjaya,alhamdulillah  permohonan saya berjaya untuk tahun 2011.

Pagi 10hbJanuary saya berlepas ke Kota Kinabalu dengan menaiki penerbangan airasia pada jam 11.10,tetapi berlaku sedikit insiden yang kurang menyenangkan,saya hampir kehilangan kedua dua  handpone saya yang sewaktu pemeriksaan kastam di terminal  LCCT.Sedikit ringkasan cerita,satelah dua bag saya melepasi scan di kastam  saya terus memasuki flight,flight akan berlepas lebih kurang 10 minit sahaja lagi,satelah menyeluk saku,terkejut giler  saya kerana kedua dua handpone saya tidak ada,lantas saya memberi tahu peramugari untuk turun kebalai pemeriksaan kastam untuk mengambil kedua handpone saya tetapi peramugari mengatakan sudah tidak sempat lagi,apa lagi mengelabah lah saya tetapi peduli apa saya berjumpa munking ketua peramugari dan saya menceritakan apa yang terjadi,alhaulillah sicantik manis tu membenarkan saya turun dari flight dengan di iringi seorang peramugari lagi untuk kebalai pemeriksaan kastam tadi,setelah berjumpa dengan pegawai bertugas  dan dengan sedikit soalan keselamatan bagi untuk memastikan handpone itu benar milik saya.huhh..lega handpone saya dapat semula.

Itu cerita sewaktu sampai,sewaktu balik pun ada insiden ini kes terlewat untuk chek in,saya terlewat 15 minit,sepatuttnya saya sampai 1 jam lebih awal dari berlepas,flight berlepas jam 11.55 saya sampai di terminal 2 airport KK jam 10.35.

Salepas habis kursus saya mengikut kawan balik ke Kota Belud,kebetulan saya memang  tidak pernah kesana dan ingin melihat  suasana  di bandar koboi  tersebut.Pagi keesokan hari nya(Sabtu)sempatlah saya  melihat  sekitar pekan Kota Belud dan dimana tempat berlangsung acara Tamu Besar yang merupakan satu acara bagi suku kaum diKota Belud ini,jika hari minggu kita sampai kita akan dapat melihat berbagai barangan yang pelik2 terdapat diniagakan disini.

Sedikit ringkasan mengenai Tamu Besar di Kota Belud

Kota Belud

Apabila anda berada di Kota Belud, pastikan anda mengunjungi Tamu Kota Belud yang dikenali ramai itu. Pasar mingguan ini menjadi teropong yang memaparkan semua pemandangan, bunyi-bunyian dan bau-bauan  setiap kali para peniaga berkumpul untuk menjual hasil keluaran mereka di sini.  Daripada tumbuhan hijau sehinggalah kepada kuih-muih tempatan yang enak, para peniaga dengan bangganya mempamerkan barangan mereka untuk menarik  para pembeli bertawar-menawar dengan mereka.  Sekali setahun, Kota Belud menjadi hos bagi Tamu Besar – satu acara tahunan yang menarik kunjungan dan penyertaan masyarakat ke daerah ini.  Tamu Besar yang bermaksud Pasar Besar atau secara literalnya bermaksud tamu terbesar yang diadakan di seluruh Sabah.  Inilah masanya para peniaga keluar beramai-ramai bersama-sama barangan dagangan mereka dan masyarakat tempatan mempamerkan kepelbagaian dan warna-warni budaya Kota Belud.  Pemandangan yang  semestinya tidak dilepaskan ialah Koboi Timur yakni penunggang kuda Bajau yang menunjukkan kemahiran menunggang kuda bersama-sama kuda yang dihias dengan pakaian yang indah dan berwarna-warni.  Masa yang sesuai untuk menyaksikan sendiri sukan tradisi seperti lumba kerbau dan pemahkotaan Ratu Cantik Sarempak/Senisip.  Semak senarai acara untuk mendapatkan tarikh perayaan Tamu Besar Kota Belud pada tahun ini.

Diadakan
Pada  setiap Ahad

Masa
Kebanyakan ‘tamu’ beroperasi seawal 6.00 pagi dan tamat pada 2.00 petang.

Cara ke Sana
Dengan menaiki teksi  dan tambang sebanyak RM15.00 setiap orang  (sehala).  Bas mengenakan tambang sebanyak RM9.00 setiap orang  (sehala).

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s