DISEBALIK 12 HAIWAN DALAM KALENDAR CINA..

Dalam astrologi Cina, zodiak dua belas bintang haiwan melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.

Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).
 Pendek kata, sungguhpun seseorang berbintang Naga semata-mata kerana lahir pada tahun naga, namun dia juga boleh berbintang Ular secara dalaman dan juga berbintang Lembu secara rahsia. Maka itu, terdapat sejumlah 8,640 kombinasi yang boleh (lima unsur x 12 haiwan dalam kitaran 60 tahun (12 x 5 = 60), 12 bulan, 12 waktu sehari) menentukan seseorang. Semua ini dipandang berat demi pengamalan astrologi Cina yang sebetulnya.
Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya:

Tikus

  • Yin/Yang – Yang
  • Unsur Tetap  – Air
  • Sifat positif – terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintar
  •  Sifat negatif – bermanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi, licik
Lembu
  • Yin/Yang – Yin
  • Unsur tetap - Air
  •  Sifat positif – boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat
  • Sifat negatif – degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar, suka mendesak.

Harimau

  • Yin/Yang – Yang
  • Unsur tetap – Kayu
  • Sifat positif  – sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hati
  • Sifat negatif – mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil, mementingkan diri
Arnab  
  •  Yin/Yang – Yin
  • Unsur tetap – Kayu
  • Sifat positif  – baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibel
  • Sifat negatif – ada angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka mengurut nafsu, oportunis, pemalas
Naga
  • Yin/Yang – Yang
  • Unsur tetap – Kayu
  • Sifat positif  – baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati, setia
  • Sifat negatif –  sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru, kasar.

Ular

  • Yin/Yang – Yin
  • Unsur tetap –  Api
  • Sifat positif  – berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad
  • Sifat negatif  –  penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta
Kuda
  • Yin/Yang – Yang
  • Unsur tetap –  Api
  • Sifat positif  – periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbuka
  • Sifat negatif  – tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil, kurang tabah
Kambing 
  • Yin/Yang – Yin
  • Unsur tetap –  Api
  • Sifat positif  – salih, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, mencari perlindungan
  • Sifat negatif  –  ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung, suka merungut
Kera
  • Yin/Yang – Yang
  • Unsur tetap – Logam
  • Sifat positif  – pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektual
  • Sifat negatif  – egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati, mudah sangsi.
Ayam

  • Yin/Yang – Yin
  • Unsur tetap – Logam
  • Sifat positif  – tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawab
  • Sifat negatif  – terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar, terlalu yakin akan pendapatnya
Anjing 
  • Yin/Yang – Yang
  • Unsur tetap – Logam
  • Sifat positif  – jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigih
  • Sifat negatif  – sinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil, suka bergaduh
Babi 
  • Yin/Yang – Yin
  • Unsur tetap – air
  • Sifat positif  – jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar, cerdik
  • Sifat negatif  –  naif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengurut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik, materialistik.
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s