Arkib untuk 22/01/2012

SYAITAN……

Posted in Uncategorized on 22/01/2012 by hazaldin

Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, ShaitanIbrani Piawai: שָׂטָן, SatanIbrani Tiberia ŚāṭānGreek Koine: Σατανάς, Parsi: اهریمن, SatanásAramia: סטנא, SaṭänäGe’ez: ሳይጣን SāyṭānTurki: Şeytan), , seperti yang diketahui dalam agama IslamKristian dan Yahudi, asalnya adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah@devil of lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin. Ini membezakannya dari hamba Allah yang lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal – terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: “Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?” Syaitan menjawab: “Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur.” Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan TuhanNabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari AkhiratSyaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Anak-anak iblis laknatullah@devil of lucifer

syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anaknya adalah:

1.Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.

2.A’war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A’war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.

3.Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

4.Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

5.Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).

6.Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.

7.Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.

Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.

Aset-aset yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah:”Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya”(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah:”Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:”Ah…Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka”(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:”Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud:”Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkinbdan jangan ia mengucap “Ahhh…”,kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya.”(Hadis Riwayat Bukhari).

syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut ”Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:”Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan.”(Hadis Riwayat Malik)

syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan:Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya.”(Hadis Riwayat Ahmad).

syaitan masuk dalam aliran darah manusia:Sabda Rasullullah SAW bermaksud:”Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

syaitan takut orang yang solat berjemaah:Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:”Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”(Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda:”Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan.”(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.

syaitan menghadang di saf solat.Sabda Rasullullah:”Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan:”Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi).”(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

syaitan kentut:“Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).

syaitan menyelit disaf solat yang renggang:Sabda Muhammad Rasullullah:”Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya.”(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya).”Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:”Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)”(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:”Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)”.(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

syaitan membuat mimpi buruk:Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:”Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:

A’uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:”Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam”.

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya”.(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).

syaitan mencelak mata.syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

syaitan mengincu bibir.syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.

sumber dari  email dan google
copyright Jan 2012

MISTERI DAN MITOS..tarzan_duyung_garuda……

Posted in Uncategorized on 22/01/2012 by hazaldin

Saya tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak yang seringkali dihujani mengenai mitos benda-benda hidup yang masih dikenali dan dikira ‘famous’ sampai sekarang.Rasa seronok pula untuk menulis mengenainya.

Lihatlah beberapa *mitos kategori benda-benda hidup yang masih saya ingati, antaranya ialah di bawah ini :

1.Tarzan : Dikisahkan kononnya Tarzan berasal dari manusia/bayi manusia yang ditinggalkan/tertinggal di dalam hutan oleh keluarganya.Tarzan kemudiannya dibesarkan oleh keluarga monyet lalu dia pandai berbahasa haiwan dan menganggap haiwan-haiwan lain adalah keluarganya.

Hakikat sebenarnya : Jika ditinggalkan/tertinggal mana-mana bayi di hutan belantara, harapan untuk dia sihat membesar amatlah tipis.Mungkin bayi itu akan dibaham binatang buas dan mati begitu saja.Takkan wujud Tarzan.

2.Serigala/Harimau Jadian : Kononnya dikatakan seseorang yang terkena sumpahan yang mana dia mampu bertukar menjadi manusia harimau jadian atau manusia serigala jadian di tengah malam di bulan purnama.Barangsiapa yang dicakarnya, manusia itu juga turut dijangkiti sumpahan tersebut dan dia mampu juga bertukar menjadi serigala/harimau jadian.

Hakikat sebenarnya : Tidak pernah pun sains dan teknologi mengesahkan bahawa gen haiwan serigala atau harimau boleh bersatu dengan gen manusia.Amat mustahil manusia boleh bertukar menjadi binatang tanpa pengaruh ilmu hitam atau pun sihir.Perangai manusia yang bertukar menjadi perangai haiwan ganas seperti serigala dan harimau, yang ini ramai wujud di masa sekarang.

3.Ikan Duyung : Dikisahkan Ikan Duyung ialah asalnya memiliki separuh badan manusia dan separuh badan lagi ialah ikan.Haiwan ini juga dikatakan tinggal di dalam laut dan hanya sekali sekala sahaja naik ke daratan.Entah benar entah tidak, tiada dapat dibuktikan oleh sains.Dalam ramai penyelam yang meneroka laut dalam juga tidak pernah diberitakan menemui mana-mana Ikan Duyung.

Hakikat sebenarnya : Jika dilihat logik akal, Ikan Duyung seharusnya berkepala ikan, bukannya digambarkan cantik jelita dan berbadan separuh manusia dan berkepala manusia.Sebabnya, untuk Ikan Duyung yang dikategorikan kononnya sebagai ikan, bila bernafas ia memerlukan insang.Jadi, jika kepalanya ialah kepala ikan, ada logiknya.Jika digambarkan Ikan Duyung seperti yang kita kenali sekarang,ianya berlawanan dengan hukum logik.

4.Burung Garuda dan Naga : Ini juga kerapkali kita dimomok-momokkan akan kewujudannya di masa lalu.Tahukah kita, bahawa haiwan bersaiz Burung Garuda dan Naga ini, selayaknya jika ia wujud sekalipun hanyalah pada zaman ‘pre-historic’ iaitu zaman kewujudan dinosaur dan spesies haiwan-haiwan gergasi sahaja ?.Mana bisa ia wujud sekarang kerana saiznya sahaja sudah sebesar bangunan 20 tingkat barangkali.

Hakikat sebenarnya : Mungkin ianya dulu-dulu ialah spesies dinosaur yang wujud di penghujung zaman-zaman yang sudah ada manusia yang bertamadun tinggal di mana-mana di mukabumi.Lalu kerana saiznya yang besar dari saiz manusia biasa, ia telah dikagumi manusia-manusia zaman dahulu kala.

5.Kuda Terbang Bertanduk Satu (Kuda Unikorn) : Mitos ini kerapkali dikaitkan kononnya ia berasal dari ‘langit’ atau ‘kayangan’.Kononnya ia membawa tuah kepada sesiapa yang berpeluang dapat melihatnya.Pada anggapan saya, mungkin ia seperti haiwan di alam bunian lah agaknya.

Hakikat sebenarnya : Belum pernah wujud pun mana-mana di dunia ini kuda bertanduk dalam ertikata bertanduk sebenar semenjak ia dilahirkan.Kalau dihias/dilekatkan tanduk memang ada.Umpamanya, pepatah Melayu ada menyebut; ‘Seperti menunggu kucing bertanduk’, membawa maksud sesuatu yang mustahil ditunggu/dinanti ianya akan berlaku.Ianya takkan berlaku, samalah seperti ‘Unikorn’ yang mustahil ianya boleh wujud.Kalau badak sumbu, ini memang betul bertanduk satu di kepalanya.

6.Burung Cenderawasih (Phoenix) : Ini pula sama ada ianya benar-benar wujud, masih lagi boleh diperdebatkan.Ada pakar yang pernah menangkapnya mendakwa mereka telah menangkap burung Cenderawasih yang sebenar.Tidak dapat pula saya mengesahkannya.Mungkin ya, mungkin tidak.Namun, dikatakan oleh sesetengah yang arif mengenainya, burung Cenderawasih bertelur dan bersarang di atas kepulan awan, meminum air embun dan hanya turun ke tanah apabila ia telah mati sahaja.Bulunya amat cantik laksana burung yang berasal dari kayangan.

Hakikat sebenarnya : Mungkin benar memang wujud burung Cenderawasih.Tapi tidak mustahil juga jika kita andaikan burung yang kononnya dianggap Cenderawasih dari kayangan itu, sebenarnya hanyalah sejenis spesies burung eksotik yang cantik dan amat jarang ditemui.Ianya mungkin spesies burung yang dikira hampir pupus, lantaran itulah amat sukar ditemui.Lalu dicanang-canangkanlah cerita bahawa burung Cenderawasih ialah burung yang sakti, ajaib, berasal dari kayangan dan mempunyai pelbagai keistimewaan kepada sesiapa yang berjaya memilikinya.

Wallahualam.
Sejauh mana kebenarannya hanya Yang Maha Esa yang mengetahuinya.
*Segala ulasan/huraian, hanyalah berdasarkan pendapat penulis semata-mata.

 

dari email teman2
copyright  Jan2012

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers